A.S Gagal Capai Matlamat Di Iran: Zariff

A.S Gagal Capai Matlamat Di Iran: Zariff

Menteri Luar Republik Islam Iran, Mohammad Javad Zarif berkata Amerika Syarikat gagal mencapai matlamatnya selepas menarik diri daripada perjanjian nuklear 2015 dan kini melancarkan perang psikologi terhadap Iran dan rakan sekutunya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Republik Islam Iran, Mohammad Javad Zarif berkata Amerika Syarikat gagal mencapai matlamatnya selepas menarik diri daripada perjanjian nuklear 2015 dan kini melancarkan perang psikologi terhadap Iran dan rakan sekutunya.

"Hari ini, fokus utama Amerika Syarikat tertumpu kepada perang psikologi dan kebanyakan usaha mereka dicurah untuk meningkatkan tekanan psikologi terhadap Iran dan rakan antarabangsa kami," kata beliau di dalam kaca TV pada hari Ahad.

Presiden Donald Trump pada bulan Mei lepas secara unilateral telah menarik keluar A.S daripada perjanjian nuklear Iran yang dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA)

Presiden A.S itu mengambil tindakan tersebut di sebalik tentangan domestik dan daripada sekutu tradisi mereka di Eropah.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky