A.S, Israel Dan Sekutu Mereka Akan Jatuh: IRGC

A.S, Israel Dan Sekutu Mereka Akan Jatuh: IRGC

Salah seorang pegawai kanan Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) berkata bahawa Amerika Syarikat, rejim Israel, Arab Saudi dan sekutu mereka akan jatuh dalam masa yang terdekat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Salah seorang pegawai kanan Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) berkata bahawa Amerika Syarikat, rejim Israel, Arab Saudi dan sekutu mereka akan jatuh dalam masa yang terdekat.

Bercakap di dalam sebuah majlis yang berlangsung pada hari Sabti di bandar Urmia, Iran, Brigadier Jeneral Hossein Salami berkata bahawa bahawa warga Iran sehingga ini telah menunjukkan kecekalan mereka di dalam pelbagai situasi yang mencabar, lapor ISNA.

Beliau menambah dengan mengatakan bahawa pihak musuh telah merencakan pelbagai plot untuk memecah-belahkan perpaduan yang wujud di negara Republik Islam itu.

Akan tetapi, setakat ini, kesemua rencana pihak musuh telah berjaya dipatahkan berkat keberanian bangsa Iran dan panduan yang diberikan oleh Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Syed Ali Khamenei, kata Salami.

"Pihak musuh setakat ini gagal mencapai tujuan mereka ketika berhadapan dengan sistem Islam di Iran," tambah Salami.

Menurut beliau, musuh juga pernah melancarkan peperangan psikologi ke atas Iran dalam rangka membantutkan pencapaian republik itu. Akan tetapi, beliau berkata rancangan itu turut menemui kegagalan seperti mana rancangan mereka yang lain.

Di dalam ucapan yang sama, Salami turut memuji pencapaian hebat Iran di dalam pelbagai lapangan termasuk kajian saintifik, teknologi dan ketenteraan. -ABNA24


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky