A.S Lembutkan Pendirian Berhubung Sekatan Ke Atas Minyak Iran

A.S Lembutkan Pendirian Berhubung Sekatan Ke Atas Minyak Iran

Amerika Syarikat mula melembutkan pendirian mereka berhubung isu sekatan baharu ke atas Iran selepas timbul beberapa amaran yang membayangkan kenaikan harga minyak hingga mencecah tida digit akibat daripada pertelingkahan kedua-dua negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Amerika Syarikat mula melembutkan pendirian mereka berhubung isu sekatan baharu ke atas Iran selepas timbul beberapa amaran yang membayangkan kenaikan harga minyak hingga mencecah tida digit akibat daripada pertelingkahan kedua-dua negara itu.

Di sebalik pengumuman berhubung sekatan terhadap eksport minyak Iran dan bank pusatnya yang dijangka akan berkuatkuasa pada 4 November ini, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo pada Selasa mengatakan bahawa Washington bersedua memberikan pelepasan kepada negara-negara yang terkesan daripada sekatan itu.

Kenyataan itu menunjukkan perubahan ketara daripada pendirian asli Washington sebelum ini termasuk janji Presiden Donald Trump untuk membawa eksport minyak Iran hingga ke tahap sifar.

"Pasti akan ada segelintir negara yang akan menghampiri Amerika Syarikat dan meminta bantuan berhubung isu berkaitan. Kami akan mempertimbangkannya," kata Pompeo kepada Sky News Arabia semasa lawatan beliau ke Abu Dhabi seperti yang tertera di dalam transkrip Jabatan Negara yang dikeluarkan pada hari Selasa lepas.

Pengumuman yang dibuat oleh ketua diplomat Amerika Syarikat itu sama sekali bertentangan dengan senarai 12 tuntutan Washington pada bulan Mei lepas yang memaksa Iran untuk menemui mereka sebagai syarat kepada pelonggaran daripada sekatan tersebut.

Antara pelanggan utama minyak Iran adalah Korea Selatan dan Jepun yang sebelum ini telahpun meminta pengecualian daripada Washington. Akan tetapi, pelanggan lain termasuk China, India dan Turki telah menyatakan bahawa mereka mungkin tidak akan mengindahkan sama sekali tindakan tersebut . Pelanggan minyak Iran di benua Eropah juga dijangka akan memohon pengecualian ke atas sekatan itu.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky