A.S Malukan Diri Di Majlis Keselamatan PBB: Rouhani

A.S Malukan Diri Di Majlis Keselamatan PBB: Rouhani

Presiden Hassan Rouhani berkata Amerika Syarikat telah memalukan dirinya sendiri dengan cuba menyasarkan Republik Islam Iran di dalam sesi mesyuarat Majlis Keselamatan PBB (UNSC) berhubung insiden domestik yang baru-baru ini tercetus di dalam negara Timur Tengah itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Hassan Rouhani berkata Amerika Syarikat telah memalukan dirinya sendiri dengan cuba menyasarkan Republik Islam Iran di dalam sesi mesyuarat Majlis Keselamatan PBB (UNSC) berhubung insiden domestik yang baru-baru ini tercetus di dalam negara Timur Tengah itu.

"Perhimpunan dan tunjuk perasaan boleh dimanfaatkan oleh pihak tertentu. Ini perkara semulajadi dan boleh berlaku di mana-mana tempat di seluruh dunia," kata Rouhani di dalam pertemuan dengan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kewangan di Tehran pada hari Isnin.

Beliau merujuk kepada kesilapan pentadbiran A.S ketika berhadapan dengan warga Iran sambil berkata bahawa Rumah Putih sentiasa menggunakan "pendekatan yang salah ketika mahu menangani bangsa Iran."

"Sejak beberapa hari lalu, reputasi politik A.S telah dihancurkan di Majlis Keselamatan PBB," kata Rouhani.

Washington, menurut Rouhani telah terlibat di dalam "penyalahgunaan kedudukan sebagai anggota kekal di Majlis Keselamatan dengan memanggil (negara-negara anggota yang lain) untuk bertemu (untuk membincangkan insiden di Iran) telah mengakibatkan negara-negara dunia yang lain menjatuhkan air muka A.S."

Iran pada minggu lepas menyaksikan protes aman berikutan kenaikan harga baru-baru ini dan keadaan ekonomi negara itu. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa individu yang mana sebahagian daripada turut dilaporkan membawa senjata, berusaha untuk mengubah protes damai tersebut kepada rusuhan jalanan.

Di sebalik hakikat itu, terdapat beberapa rangkaian media asing yang cuba menafsirkan keseluruhan situasi berkaitan sebagai sebuah pemberontakan yang menyasarkan sistem pemerintahan Republik Islam Iran.

Pada sesi mesyuarat tersebut, beberapa negara-negara anggota Majlis Keselamatan PBB tegas mempertahankan perjanjian nuklear 2015 Iran yang sebelum ini dipersetujui oleh Tehran dan kumpulan P5+1. Mereka turut memberi amaran kepada A.S untuk tidak mengeksploitasi perkembangan domestik di dalam negara Iran dalam rangka melemahkan kesepakatan JCPOA. -ABNA24






Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
We are All Zakzaky