A.S Pemungkir Janji: Imam Solat Jumaat Tehran

  • News Code : 864284
  • Source : ABNA24
Brief

Imam Solat Jumaat Tehran, Ayatullah Mohammad Ali Movahhedi Kermani menyifatkan pentadbiran Amerika Syarikat sebagai pemungkir janji sambil menambah bahawa Washington adalah kepala kepada semua bentuk kejahatan dan pengkhianatan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Imam Solat Jumaat Tehran, Ayatullah Mohammad Ali Movahhedi Kermani menyifatkan pentadbiran Amerika Syarikat sebagai pemungkir janji sambil menambah bahawa Washington adalah kepala kepada semua bentuk kejahatan dan pengkhianatan.

Ayatullah Movahhedi Kermani di dalam khutbahnya berkata bahawa pentadbiran A.S cenderung untuk memungkiri sebarang bentuk kesepakatan dan perjanjian apabila mereka melihat kepentingan mereka berada di dalam bahawa, lapor agensi berita IRIB.

Merujuk kepada usaha Presiden A.S, Donald Trump untuk menyemak semula dan jikalau mungkin untuk membatalkan sepenuhnya perjanjian nuklear Iran tahun 2015, Ayatullah Kermani berkata bahawa tindakan itu menunjukkan kepada ketidakprihatinan mereka kepada situasi semasa.

Beliau juga mengulas kenyataan keras Trump ke atas negara Iran dan Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) sambil berkata bahawa IRGC atau juga dikenali sebagai unit Pasdaran di dalam dialek tempatan setakat ini berjaya menumpaskan pasukan pengganas yanng didukung oleh A.S.

Beliau juga meluahkan keyakinannya berhubung kesiagaan dan kewaspadaan pentadbiran Tehran dalam menghadapi kejahatan musuh dengan berkata; "Kita tidak boleh bersikap pasif di hadapan musuh."

Imam solat Jumaat itu turut menegaskan bahawa negaranya bukanlah sebuah entiti yang cintakan peperangan. Akan tetapi, menurut beliau, Iran akan menentang sebarang perancangan musuh dengan sekuat upaya. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram