A.S Perlu Lihat Status Kebebasan Beragama Di Negara Sendiri Daripada Sibuk Kritik Negara Lain: Iran

  • News Code : 848794
  • Source : ABNA24
Brief

Jurucakap Kementerian Luar Republik Islam Iran, Bahram Qassemi menolak hasil laporan tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat berhubung kebebasan beragama dan menganggapnya sebagai "tidak realistik, tidak berasas dan berat sebelah." Qassemi turut mengatakan bahawa laporan itu dibuat untuk mencapai beberapa tujuan politik.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jurucakap Kementerian Luar Republik Islam Iran, Bahram Qassemi menolak hasil laporan tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat berhubung kebebasan beragama dan menganggapnya sebagai "tidak realistik, tidak berasas dan berat sebelah." Qassemi turut mengatakan bahawa laporan itu dibuat untuk mencapai beberapa tujuan politik.

Qassemi berkata bahawa laporan itu mengandungi unsur "subjektiviti dan tafsiran yang tidak berasas," sambil memberi amaran bahawa tafsiran yang digunakan mereka berhubung agama dan kepercayaan keagamaan mampu meningkatkan ketegangan di antara agama.

Jurucakap itu turut mengkritik laporan yanng menurutnya memberikan imej yang palsu berhubung kebebasan beragama di Iran.

"Laporan ini sekali lagi meyampaikan imej palsu yang telah dipolitikkan dengan menggunakan dakwaan tidak berasas berhubung kebebasan beragama di Republik Islam Iran," kata Qassemi.

Laporan Kebebasan Beragama Antarabangsa tahun 2016 oleh Jabatan Negara menuduh Iran tidak menghormati hak penganut agama minoriti dan dalam masa yang sama menghadkan kebebasan beragama di negara itu.

Qassemi berkata bahawa A.S sebenarnya cuba "mengeksploitasi secara politik hakikat keberagaman agama di dunia," sambil menambah bahawa Washington memiliki pengetahun yang terhad berhubung situasi dalaman sesebuah negara khususnya berkaitan dengan demografik dan situasi keagamaan mereka.

Qassemi kemudiannya berkata bahawa warga Iran mampu mengamalkan ajaran agama mereka secara bebas di dalam kerangka undang-undang negara itu yang menyokong kebebasan beragama.

"Adalah diharapkan bahawa pentadbiran A.S untuk mengambil langkah undang-undang dan praktikal dalam rangka memastikan kebebasan beragama (di negara mereka sendiri) khususnya (dalam menegakkan) hak warga Muslim yang menetap di A.S berbanding (sibuk) menilai status kebebasan beragama di negara lain," katanya. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram