A.S Punya Hubungan Langsung Dengan Pengganas: Iran

A.S Punya Hubungan Langsung Dengan Pengganas: Iran

Presiden Republik Islam Iran, Hassan Rouhani berkata tindakan "agresif" Amerika Syarikat dengan melancarkan serangan ketenteraan ke atas Syria menunjukkan bahawa Washington mempunyai hubungan langsung dengan kumpulan pengganas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Republik Islam Iran, Hassan Rouhani berkata tindakan "agresif" Amerika Syarikat dengan melancarkan serangan ketenteraan ke atas Syria menunjukkan bahawa Washington mempunyai hubungan langsung dengan kumpulan pengganas.

"Pihak Amerika Syarikat melakukan tindakan sedemikian apabila mereka merasakan bahawa kehadiran para pengganas mula memudar dari kawasan strategik seperti Ghouta Timur," kata Rouhani pada hari Ahad di dalam sebuah panggilan telefon dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin. Perbualan itu berlaku sehari selepas serangan Amerika Syarikat ke atas Syria.

Serangan peluru berpandu oleh Amerika Syarikat, Perancis dan Britain mengenai tiga buah kawasan di Syria; satu di Damsyik, dan dua di bandar Homs yang dikaitkan oleh Presiden A.S Donald Trump "dengan keupayaan senjata kimia" kerajaan Syria.

Ketiga-tiga negara Barat tersebut mendakwa bahawa serangan itu dilancarkan sebagai respon terhadap Damsyik berikutan serangan senjata kimia ke atas Douma yang dikuasai oleh pihak militan. Akan tetapi, setakat ini siasatan masih belum dijalankan ke atas dakwaan serangan kimia itu.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky