A.S Rangka Pelan Lemahkan Kedudukan Iran Di Rantau: Ali Larijani

  • News Code : 840130
  • Source : ABNA24
Brief

Speaker Parlimen Iran, Ali Larijani berkata Amerika Syarikat sedang merancang sebuah pelan untuk melemahkan kedudukan Republik Islam itu di rantau Timur Tengah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Speaker Parlimen Iran, Ali Larijani berkata Amerika Syarikat sedang merancang sebuah pelan untuk melemahkan kedudukan Republik Islam itu di rantau Timur Tengah.

Ali Larijani berkata bahawa isi kandungan dan alasan yang digunakan di dalam sebahagian daripada usul yang dibahaskan di dewan Senat Amerika Syarikat menunjukkan sikap anti-Iran kerajaan negara itu. Beliau membuat kenyataan itu ketika berucap di dalam sebuah forum kebangsaan yang dianjurkan sempena Minggu Kehakiman di Iran.

"Pihak Amerika Syarikat telah menunjukkan polisi anti-Iran mereka di dalam bentuk yang lebih transparen selama beberapa bulan kebelakangan ini," kata beliau.

Beliau turut menekankan bahawa isu program peluru berpandu Tehran, isu hak asasi manusia dan keganasan adalah sekadar alasan digunakan oleh Senat Amerika Syarikat untuk meningkatkan tekanan ke atas Republik Islam tersebut.

Beliau turut mengatakan bahawa Republik Islam Iran akan sentiasa memperhatikan sebarang pencabulan yang dilakukan oleh Washington ke atas perjanjian nuklear yang dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA). Iran dan kumpulan P5+1 termasuk A.S sebelum ini menandatangani perjanjian tersebut.

Menurut beliau, Iran akan memberikan respon yang keras terhadap seabrang bentuk pencabulan daripada pihak A.S.

Di bawah JCPOA, Iran bersetuju untuk mengekang program nuklear mereka secara sukarela dan sebagai balasan A.S dan sekutu mereka akan menamatkan sekatan berhubung isu nuklear yang dikenakan ke atas Tehran sebelum itu. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram