A.S Sudah Tewas

A.S Sudah Tewas

Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, hari ini berkata Presiden Donald Trump ‘memalukan’ prestij Amerika Syarikat dan menjadi pihak yang tewas teruk susulan tindakan membaharui sekatan ke atas republik Islam itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, hari ini berkata Presiden Donald Trump ‘memalukan’ prestij Amerika Syarikat dan menjadi pihak yang tewas teruk susulan tindakan membaharui sekatan ke atas republik Islam itu.

“Presiden baru AS memalukan saki baki prestij AS dan demokrasi liberal.

“Kekuatan AS iaitu ekonomi dan ketenteraan, juga menurun,” katanya dalam akaun Twitter berbahasa Parsi, memetik kenyataan di Tehran.

Khamenei menolak sekatan baru AS, termasuk minyak, yang berkuat kuasa Isnin ini.

“Cabaran antara AS dan Iran berlanjutan selama 40 tahun setakat ini dan AS sudah melakukan pelbagai usaha menentang kita: tentera, ekonomi dan media.

“Ada kunci utama di sini: dalam cabaran 40 tahun ini, yang tewas adalah AS dan pemenang adalah republik Islam,” katanya.

Mei lalu, Trump mengumumkan akan menarik diri daripada perjanjian nuklear 2015 dan melaksanakan semula sekatan, mencetuskan kemarahan dalam kalangan kuasa dunia yang berkata Iran mematuhi komitmen untuk mengehadkan program atomnya. — AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky