Abang Presiden Rouhani Ditahan Di Penjara

  • News Code : 842674
  • Source : ABNA24
Brief

Hossein Fereydoun yang merupakan abang kepada Presiden Iran, Hassan Rouhani telah dibawa ke penjara pada hari Ahad di atas dakwaan yang berkaitan dengan isu kewangan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Hossein Fereydoun yang merupakan abang kepada Presiden Iran, Hassan Rouhani telah dibawa ke penjara pada hari Ahad di atas dakwaan yang berkaitan dengan isu kewangan.

Jurucakap Badan Kehakiman negara itu, Gholam-Hossein Mohseni-Ejei di dalam sidang akhbar rutinnya memberitahu pemberita pada hari Ahad bahawa Fereydoun telah disiasat dan beberapa individu yang terkait dengannya turut disiasat berhubung isu kewangan.

Pegawai kehakiman itu turut mengatakan bahawa beberapa individu telahpun ditahan berkaitan perkara tersebut dan Fereydoun sendiri telah diarahkan untuk memberi jaminan yang dituntut oleh mahkamah. Akan tetapi, dia gagal untuk memberikan jaminan tersebut.

Jurucakap itu turut menambah bahawa Fereydoun akan dibebaskan jikalau mampu untuk memberikan jaminan yang diminta oleh pihak mahkamah.

Apabila ditanya berhubung dakwaan ke atas Fereydoun, jurucakap itu berkata bahawa perkara itu terkait dengan isu kewangan dan dalam masa yang sama tiada kena-mengena dengan tunggkan bank. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram