Amerika Lakukan Kesilapan Strategik Di Syria: Ayatullah Khamenei

Amerika Lakukan Kesilapan Strategik Di Syria: Ayatullah Khamenei

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam, Ayatullah Syed Ali Khamenei berkata serangan peluru berpandu Washington ke atas pangkalan udara tentera Syria adalah "sebuah kesilapan strategik."

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam, Ayatullah Syed Ali Khamenei berkata serangan peluru berpandu Washington ke atas pangkalan udara tentera Syria adalah "sebuah kesilapan strategik."

Pemimpin itu membuat kenyataan tersebut di dalam sebuah pertemuan dengan para pemimpin tentera negara Iran pada hari Ahad lepas.

"Apa yang dilakukan oleh Amerika adalah sebuah kesilapan strategik dan mereka terus mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan oleh pentadbiran lepas," kata beliau.

"Bekas pentadbiran Amerika Syarikat mencipta ataupun membantu Daesh dan pentadbiran sekarang turut memperkukuhkan Daesh dan kumpulan-kumpulan seperti mereka," tambahnya.

Di dalam mesyuarat yang sama, Ayatullah Khamenei memberi amaran bahawa ancaman yang dibawa oleh kumpulan pengganas akan kembali menghantui warga Amerika Syarikat pada masa hadapan sambil menambah, "Eropah sekarang berhadapan dengan masalah (ini) kerana mereka mengambil keputusan yang salah untuk memperkuatkan Takfiri (Daesh) dan warga Eropah kini tidak lagi selamat di rumah ataupun di tempat awam. Amerika Syarikat turut mengulangi kesilapan yang sama."

Beliau turut mengatakan bahawa Amerika Syarikat sudah terbiasa dengan tindakan kekerasan dan jenayah (seperti di Syria) kerana mereka telah melakukan perkara yang sama di beberapa belahan dunia yang lain.

Ayatullah Khamenei berkata negara-negara Barat yang pernah menyokong diktator Iraq, Saddam Hussein sepanjang perang lapan tahun di antara Iraq dan Iran (1980-1988) dan membekalkannya dengan sejumlah senjata kimia bersikap hipokrit apabila menuduh Syria menggunakannya sebelum menjadikan dakwaan itu sebagai alasan untuk menyerang negara Syria.

Menurut beliau, Saddam bahkan telah menggunakan senjata kimia itu di bandar Sardasht dan Halabjah yang terletak di Iran.

Negara-negara Barat tidak mengenakan sebarang tindakan ke atas rejim Saddam kerana jenayah itu sebagaimana yang mereka kenakan ke atas Syria di atas tuduhan Assad menggunakan senjata kimia di Idlib. Sebuah dakwaan yang digunakan Amerika Syarikat sebagai alasan untuk melancarkan 59 buah peluru berpandu Tomahawk ke atas pangkalan udara Syria tanpa membekalkan sebarang bukti untuk membenarkan perkara itu.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky