Askar Iran Tembak Rakan, 4 Maut 8 Cedera

  • News Code : 846536
  • Source : Berita Harian
Brief

Sekurang-kurangnya empat askar terbunuh dan lapan lagi cedera selepas seorang rakan mereka melepaskan tembakan di pangkalan tentera udara di selatan Tehran hari ini, kata tentera Iran dalam satu kenyataan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekurang-kurangnya empat askar terbunuh dan lapan lagi cedera selepas seorang rakan mereka melepaskan tembakan di pangkalan tentera udara di selatan Tehran hari ini, kata tentera Iran dalam satu kenyataan.

"Kejadian itu mungkin ada kaitan dengan masalah psikologi askar yang tiba-tiba menembak rakan-rakannya," kata kenyataan itu.

Ia berlaku di sebuah lapang sasar, dan boleh jadi juga akibat tersalah tembak, kata kenyataan itu.

"Mangsa yang cedera dibawa ke pusat perubatan dan siasatan sudah dibuka," katanya.

Televisyen negeri melaporkan insiden serupa bulan lalu apabila seorang askar melepaskan tembakan di sebuah berek di Abyek, sekitar 40 kilometer ke barat laut Tehran, membunuh tiga rakan setugas dan mencederakan enam yang lain.

Lelaki itu, yang dilaporkan kecewa apabila permohonan berpindah ke negeri asalnya ditolak, menembak dirinya tetapi terselamat, menurut agensi berita ISNA.

Berkhidmat dalam angkatan tentera selama dua tahun adalah wajib bagi lelaki Iran apabila mereka berusia 19 tahun. -AFP


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram