Ayatullah Khamenei Beri Amaran Berhubung Rencana A.S Ke Atas Iraq

Ayatullah Khamenei Beri Amaran Berhubung Rencana A.S Ke Atas Iraq

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Syed Ali Khamenei menyeru negara Iraq untuk sentiasa berjaga-jaga ketika berhadapan dengan plot daripada negara Amerika Syarikat sambil menegaskan bahawa pentadbiran A.S tidak boleh dipercayai sama sekali.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Syed Ali Khamenei menyeru negara Iraq untuk sentiasa berjaga-jaga ketika berhadapan dengan plot daripada negara Amerika Syarikat sambil menegaskan bahawa pentadbiran A.S tidak boleh dipercayai sama sekali.

Beliau di dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi berkata bahawa Iran menyokong usaha negara Arab itu untuk membangun hubungan dengan negara-negara serantau. Pertemuan di antara kedua-dua mereka berlangsung di Tehran pada hari Khamis.

Di dalam masa yang sama, Ayatullah Khamenei memberi amaran kepada negara Iraq untuk "terus bersikap berhati-hati dengan penipuan Amerika Syarikat dan dalam masa yang sama tidak meletakkan kepercayaan kepada (pentadbiran) mereka."

"...mereka pasti tidak akan teragak-agak untuk merosakkan Iraq sekali lagi jikalau menemui peluang untuk berbuat demikian," tambah pemimpin tersebut.

Beliau juga berkata bahawa perpaduan warga Iraq yang terdiri daripada pelbagai etnik juga sangat penting untuk negara tersebut.

Selain daripada itu, Ayatullah Khamenei juga menegaskan kepentingan untuk Iraq supaya terus menyokong gerakan tentera sukarelawan negara tersebut -Hashdu Sya'bi- dalam rangka mematahkan rencana pengganas dan penaja mereka. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky