Ayatullah Khamenei Kecam Kenyataan 'Bodoh' Trump

  • News Code : 864180
  • Source : ABNA24
Brief

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Syed Ali Khamenei mengecam Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berikutan kenyataan "bodoh"nya terhadap bangsa Iran.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Syed Ali Khamenei mengecam Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berikutan kenyataan "bodoh"nya terhadap bangsa Iran. Beliau menambah dengan mengatakan bahawa pendirian Trump jelas melambangkan permusuhan Washington dengan seluruh bangsa Iran.

Ayatullah Khamenei membuat kenyataan itu pada hari Khamis di hadapan perhimpunan pelajar Iran menjelang hari 4 November yang diperingati oleh negara tersebut sebagai Hari Nasional Menentang Kuasa Global yang Angkuh.

"Seperti yang kalian saksikan sebelum ini, ketua pentadbiran A.S berkata bahawa bangsa Iran adalah 'bangsa pengganas.' Apakah kalian tidak lihat betapa bodohnya sikap ini? Dia menamakan sebuah bangsa sebagai pengganas. Dia tidak berkata bahawa pemimpin mereka adalah pengganas; dia juga tidak berkata bahawa kerajaan (Iran) sebagai pengganas; dia berkata bahawa bangsa Iran adalah bangsa pengganas," kata Ayatullah Khamenei.

"Bukankah perkara ini sebuah permusuhan (yang nyata)?" kata Ayatullah Khamenei.

"Komen bodoh ini bukan sahaja menunjukkan bahawa Amerika Syarikat adalah musuh kepada pemimpin dan kerajaan Iran. Akant tetapi (melalui kenyataan ini) mereka juga menunjukkan permusuhan kepada kewujudan sebuah bangsa yang berdiri tanpa mengenal-lelah menentang mereka," tambah beliau.

Ayatullah Khamenei menegaskan perihal pentingnya bagi semua pihak untuk mengenal musuh mereka dalam rangka mencapai objektif kebangsaan.

"A.S dalam erti kata zahir adalah musuh jahat yang utama. Hakikat ini berasaskan pemahaman sebenar berhubung isu dan fakta yang wujud di lapangan dan bukan dibuat berdasarkan sikap prejudis dan pesimis," kata beliau lagi.

Pihak A.S "tidak mampu memahami bahawa sebuah bangsa yang kaya dengan sejarah dan kebudayaan tidak boleh dihapuskan sama sekali," tambah beliau. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram