Ayatullah Khamenei Sahkan Rouhani Sebagai Presiden

  • News Code : 845945
  • Source : ABNA24
Brief

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam, Ayatullah Syed Ali Khamenei telah secara rasmi melantik Hassan Rouhani sebagai Presiden Iran sekaligus membuka jalan bagi beliau untuk menjawat jawatan itu bagi penggal yang kedua.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam, Ayatullah Syed Ali Khamenei telah secara rasmi melantik Hassan Rouhani sebagai Presiden Iran sekaligus membuka jalan bagi beliau untuk menjawat jawatan itu bagi penggal yang kedua.

Di dalam sebuah upacara yang dilangsungkan pada hari Khamis, Ayatullah Khamenei memberikan perkenan rasmi beliau kepada Hasan Rouhani yang memenangi pilihan raya presiden yang lepas.

Rouhani pada Mei lepas menang di dalam pilihan raya lepas setelah meraih 57 peratus undi sekaligus menewaskan lawan utamanya, Ebrahim Raesi yang merupakan penjaga makam Imam Ridha di Mashhad.

Menurut undang-undang Iran, calon presiden yang memenangi pilihan raya perlu mendapatkan restu dan perkenan Pemimpin Tertinggi Republik itu sebelum mengangkat sumpah di hadapan parlimen negara tersebut. Proses itu dinamakan sebagai 'Tanfiz' mengikut dialek tempatan.

Melalui proses itu, Pemimpin Tertinggi Republik Islam Iran akan mengesahkan keputusan pilihan raya presiden di negara Islam itu. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram