Ayatullah Khamenei Setuju Penjenayah Kewangan Diadili Segera

Ayatullah Khamenei Setuju Penjenayah Kewangan Diadili Segera

Pemimpin Revolusi Republik Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei, telah bersetuju dengan permintaan ketua badan kehakiman negara itu untuk menubuhkan sebuah mahkamah khas dalam rangka mempercepatkan proses berkaitan jenayah kewangan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Revolusi Republik Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei, telah bersetuju dengan permintaan ketua badan kehakiman negara itu untuk menubuhkan sebuah mahkamah khas dalam rangka mempercepatkan proses berkaitan jenayah kewangan.

Di dalam surat kepada Ayatullah Syed Ali Khamenei, Ketua Badan Kehakiman Republik Islam Iran, Ayatullah Sadeq Amoli Larijani memohon izin untuk menubuhkan tribunal dalam rangka menangani keadaan ekonomi yang sulit yang turut digambarkan beliau sebagai fasa "perang ekonomi."

Pemimpin Tertinggi Iran itu kemudiannya menerima cadangan tersebut pada hari Sabtu sambil berkata bahawa "Tujuan [daripada penubuhan mahkamah tersebut] adalah untuk menghukum penjenayah kewangan yang korup dengan cepat dan adil."

Ayatullah Khamenei juga menggesa badan berkaitan untuk menasihati mahkamah dalam rangka memastikan ketepatan di dalam proses penjatuhan hukum.

Ayatullah Amoli Larijani di dalam suratnya mencadangkan supaya sebuah tribunal khas dibentuk buat tempoh dua tahun. Objektif tribunal tersebut adalah untuk menjatuhkan hukuman maksimum kepada mereka yang "mengganggu dan merosakkan ekonomi (negara)."

Surat itu juga meminta agar perbicaraan yang dikendalikan oleh tribunal itu dilaksanakan secara terbuka. Di dalam masa yang sama, mereka juga memohon supaya tiada sebarang bentuk penggantungan atau pengurangan hukuman dibenarkan di dalam tribunal tersebut.

Perkembangan ini berlaku selepas penyusutan nilai rial yang sehingga ini telah kehilangan hampir dua pertiga daripada nilainya sejak awal tahun ini.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky