Badan Kehakiman Perlu Nyatakan Pendirian Berhubung Isu Antarabangsa: Khamenei

  • News Code : 840341
  • Source : ABNA24
Brief

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam, Ayatullah Syed Ali Khamenei memanggil badan kehakiman Iran untuk mengambil kedudukan rasmi berhubung isu-isu antarabangsa.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam, Ayatullah Syed Ali Khamenei memanggil badan kehakiman Iran untuk menyatakan pendirian rasmi mereka berhubung isu-isu antarabangsa berlandaskan undang-undang.

Pemimpin tertinggi Iran tersebut membuat kenyataan itu pada hari Isnin di dalam sebuah pertemuan dengan Ketua Badan Kehakiman, Ayatullah Sadiq Amoli Larijani dan beberapa pegawai kerajaan yang datang daripada agensi dan badan yang berbeza-beza.

Menurut Ayatullah Khamenei, adalah penting bagi Badan Kehakiman Iran untuk menangani pelbagai isu antarabangsa menerusi saluran perundangan.

"Badan Kehakiman perlu campur tangan dari aspek perundangan berhubung isu seperti sekatan (ekonomi)... bahkan di dalam memberikan sokongan kepada personaliti yang dizalimi seperti Syeikh Zakzaky ataupun kaum Muslim di Myanmar dan Kashmir," kata beliau.

Di dalam isu tersebut, Badan Kehakiman Iran perlu "menyatakan dengan jelas sokongan ataupun bantahan mereka supaya perkara itu diketahui di seluruh dunia," kata beliau.

Kerajaan Nigeria sehingga hari ini telah menahan ulama tersohor negara itu, Syeikh Zakzaky di sebalik desakan beberapa pihak yang mahu beliau dibebaskan serta-merta dan dalam masa yang sama bertindak keras ke atas para pengikut beliau. Puluhan dilaporkan terbunuh sepanjang krisis yang berlanjutan selama beberapa tahun itu.

Myanmar pula menyaksikan tindakan sistematik kerajaan pusat yang melancarkan kempen menekan kaum Muslim Rohingya khususnya di wilayah Rakhine.

Kaum Muslim Kashmir pula hidup di dalam tekanan yang dikenakan oleh kerajaan Delhi ke atas mereka. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

We are All Zakzaky
Telegram