Daesh Askar Barisan Hadapan Israel: Pemimpin IRGC

  • News Code : 848145
  • Source : ABNA24
Brief

Salah seorang pemimpin Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) berkata bahawa kumpulan pengganas Takfiri Daesh merupakan pasukan tentera barisan hadapan rejim Zionis dan kuasa bongkak dunia telah bertanggungjawab di dalam membina pasukan Takfiri dalam rangka menghadapi Revolusi Islam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Salah seorang pemimpin Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) berkata bahawa kumpulan pengganas Takfiri Daesh merupakan pasukan tentera barisan hadapan rejim Zionis dan kuasa bongkak dunia telah bertanggungjawab di dalam membina pasukan Takfiri dalam rangka menghadapi Revolusi Islam.

Ketika berucap di dalam majlis memperingati Mohsen Hojaji yang merupakan salah seorang daripada anggota IRGC yang dibunuh oleh kumpulan Takfiri Daesh di Syria, Mejar Jeneral Mohammad Ali Jafari berkata bahawa "para musuh menganggap Iran yang Islamik sebagai titik fokus kepada gerakan kaum Muslim dan menyasarkan pasukan revolusi mereka, tentera dan angkatan bersenjata(nya)."

Hojaji yang merupakan penasihat ketenteraan dari Iran ditahan oleh kumpulan Takfiri pada hari Isnin di kawasan sempadan Iraq-Syria. Dia kemudiannya dikelar lehernya hingga mati oleh kumpulan Takfiri tersebut dua hari selepas itu.

Jafari kemudiannya menambah bahawa kecekalan bangsa Iran, kepimpinan Syed Ali Khamenei, kekuatan pertahanan negara tersebut dan angkatan bersenjatanya adalah tiang kepada kekuatan negara itu.

Pemimpin IRGC itu turut berkata bahawa setelah perjanjian nuklear JCPOA yang ditandantangani di antara Iran dan kumpulan P5+1 dikuatkuasakan, musuh negara Islam itu sentiasa mencari jalan untuk melemahkan kekuatan angkatan bersenjata negara Iran.

Sementara itu, Pemimpin Pasukan Quds IRGC, Jeneral Qassem Soleimani berkata bahawa pasukan tentera Iran tidak akan pernah berhenti hinggalah mereka berjaya menghapuskan kesemua pengganas daripada dunia Islam. Beliau membuat kenyataan itu pada hari Khamis berikutan kematian Hojaji.

"Kekejaman itu tidak terkait dengan prinsip dan hukum Islam serta prinsip dan hukum kemanusiaan," kata beliau yang merujuk kepada insiden pembunuhan kejam Hojaji. -Agensi

315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram