Dakwaan Iran Sokong Keganasan Tidak Masuk Akal: Larijani

  • News Code : 856011
  • Source : ABNA24
Brief

Speaker Parlimen Iran, Ali Larijani mengecam Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang sebelum ini mengkritik Republik Islam di dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Speaker Parlimen Iran, Ali Larijani mengecam Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang sebelum ini mengkritik Republik Islam di dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada hari Selasa lepas, Trump menuduh Tehran sebagai penyokong keganasan. Hartawan itu berkata; "Sokongan rejim Iran terhadap keganasan sangat berbeza daripada komitmen terkini negara-negara jirannya untuk memerangi keganasan dan menghentikan aliran dana kepada aktiviti itu."

Larijani pada hari Sabtu berkata bahawa ucapan tersebut tidak "masuk akal sama" sekali.

"Adakah anda buta dan anda tidak dapat melihat bahawa hanya Iran yang benar-benar berdiri menentang Daesh di Iraq dan Syria? Bagaimanakah Iran boleh menyokong Daesh serta kumpulan pengganas yang lain dan di satu sudut yang lain memerangi mereka? Adakah perkara itu masuk akal? "Kata Larijani.

Iran setakat ini telah menyalurkan bantuan ketenteraan kepada tentera Iraq dan Syria dalam operasi memerangi keganasan mereka setelah mendapat permintaan daripada kerajaan Baghdad dan Damsyik.

Sementara itu, beberapa negara serantau secara terang-terangan diketahui telah memberikan sokongan - kewangan dan sebagainya - kepada kumpulan pengganas yang beroperasi di rantau ini dan dalam masa yang sama menabur benih keganasan di negara-negara yang lain.

Merujuk kepada tindakan pegawai A.S dan retorik anti-Iran mereka, Larijani berkata; "Mereka sendiri tahu bahawa dakwaan itu terlalu tidak masuk akal untuk mengubah pandangan masyarakat dunia."

Menurutnya, publisiti murahan A.S itu akan menemui kegagalan. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram