Datuk Bandar Tehran Tarik Diri Daripada Pilihan Raya Presiden, Sokong Calon Konservatif

  • News Code : 829985
  • Source : ABNA24
Brief

Datuk Bandar Tehran yang juga merupakan salah seorang daripada calon presiden pilihan raya Presiden Iran yang akan datang, Mohammad Baqer Qalibaf telah mengumumkan bahawa beliau akan menarik balik penyertaannya di dalam pilihan raya itu sambil menambah bahawa beliau akan memberikan sokongannya kepada Syed Ibrahim Raeisi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Datuk Bandar Tehran yang juga merupakan salah seorang daripada calon presiden pilihan raya Presiden Iran yang akan datang, Mohammad Baqer Qalibaf telah mengumumkan bahawa beliau akan menarik balik penyertaannya di dalam pilihan raya itu sambil menambah bahawa beliau akan memberikan sokongannya kepada Syed Ibrahim Raeisi.

"Pada hari di mana saya mengambil keputusan untuk menyertai pilihan raya ini di sebalik (hakikat bahawa keputusan ini bertentangan dengan) kepentingan peribadi saya, saya sedar bahawa saya akan berhadapan dengan keadaan yang sukar dan berbahaya," kata Qalibaf pada hari Isnin.

Beliau menambah bahawa sebarang perubahan yang bermakna di negara itu hanya akan berlaku dengan melawan kumpulan "empat peratus" yang sangat berpengaruh di Iran. Menurut beliau, kumpulan ini telah menguasai sumber ekonomi dan politik di negara itu selama beberapa tahun.

"Pada waktu ini, objektif utama negara ini dan juga warganya adalah untuk mengubah satus quo yang wujud dan dalam rangka mencapai tujuan itu, satu-satunya cara yang ada ialah dengan memulakan penentangan yang bebas daripada pelbagai slogan ke atas golongan aristokrat dan oportunis dalam upaya mencari penyelesaian yang tepat dan komprehensif terhadap masalah yang dihadapi oleh negara ini," kata Qalibaf.

Datuk Bandar Tehran itu turut menegaskan berhubung kepentingan menjaga kepentingan negara Iran, warganya serta Revolusi Islam itu sendiri. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram