Dialog Jalan Terbaik Selesai Krisis Di Semenanjung Korea: Hassan Rouhani

  • News Code : 846692
  • Source : ABNA24
Brief

Presiden Republik Islam Iran, Hassan Rouhani berkata bahawa sebarang bentuk salah faham yang wujud di Semenanjung Korea boleh diatasi melalui dialog.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Republik Islam Iran, Hassan Rouhani berkata bahawa sebarang bentuk salah faham yang wujud di Semenanjung Korea boleh diatasi melalui dialog.

Presiden Rouhani membuat kenyataan tersebut pada hari Ahad ketika bertemu denagn Kim Yong-Nam yang merupakan Presiden kepada Majlis Tertinggi Rakyat bagi negara Korea Utara.

Rouhani berharap bahawa dialog dan rundingan di antara kedua-dua Korea akan disambung semula dan keamanan serta keselamatan akan terus berkekalan di seluruh benua Asia khususnya di Timur Jauh.

Semenanjung Korea yang terletak di Timur Jauh Asia telah menyaksikan konflik berpanjangan di antara Korea Utara dan Selatan. Kedua-dua negara berperang pada tahun 50-an. Gencatan senjata mengakhiri konflik bersenjata di antara kedua-dua negara jiran itu. Akan tetapi, perkara itu tidak disusuli dengan perjanjian damai sekaligus bermakna bahawa kedua-dua negara itu masih berperang.

Ketegangan di antara kedua-dua negara tersebut terkadang turut ditingkatkan dengan provokasi daripada negara-negara ketiga khususnya Amerika Syarikat. Washington seringkali menggunakan program peluru berpandu dan nuklear Pyongyang sebagai alasan untuk memperkukuhkan kehadiran mereka di rantau yang sedia tegang itu.

Majlis Keselamatan PBB pada hari Jumaat meluluskan sebuah sekatan ke atas Korea Utara yang bertujuan mengurangkan satu pertiga daripada eksport negara Asia tersebut. Sekatan itu direka dan disarankan oleh Washington.

Presiden Rouhani turut memberitahu Kim pada hari Ahad bahawa setiap negara di dunia perlu dilayani dengan penuh rasa hormat dan sebarang bentuk campur tangan luar di dalam urusan negara itu adalah salah.

Kim yang melawat Iran untuk mengucapkan tahniah kepada Rouhani di atas pelantikan beliau sebagai Presiden Iran bagi penggal yang kedua turut berkata bahawa Korea Utara berusaha untuk meluaskan hubungan mereka dengan Tehran di pelbagai bidang termasuk ekonomi, saintifik dan teknologi. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram