Dunia Perlu Bersedia Hadapi Kemungkinan Pengunduran A.S Dari JCPOA: Iran

Dunia Perlu Bersedia Hadapi Kemungkinan Pengunduran A.S Dari JCPOA: Iran

Seorang diplomat kanan Iran telah memberi amaran berhubung kemungkinan pengunduran Amerika Syarikat daripada perjanjian nuklear tahun 2015 yang sebelum ini dipersetujui di antara Iran dan negara-negara anggota kumpulan P5 + 1.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang diplomat kanan Iran telah memberi amaran berhubung kemungkinan pengunduran Amerika Syarikat daripada perjanjian nuklear tahun 2015 yang sebelum ini dipersetujui di antara Iran dan negara-negara anggota kumpulan P5 + 1.

Timbalan Menteri Luar Republik Islam Iran, Abbas Araqchi membuat kenyataan itu dalam ucapannya kepada panel kedua Persidangan Keselamatan Tehran yang berlangsung pada hari Isnin di sebalik desas-desus berhubung kemungkinan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan mengumumkan pengunduran negaranya daripada perjanjian nuklear yang juga dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA).

"Presiden Amerika Syarikat telah mengambil pelbagai tindakan sepanjang tahun lalu untuk meremehkan JCPOA dan wujud kemungkinan bahawa JCPOA akan dilupuskan di dalam masa beberapa hari akan datang melalui langkah-langkah yang dilaksanakan oleh beliau," kata diplomat Iran itu.

Beliau juga menggesa rantau ini dan masyarakat antarabangsa untuk mengambil langkah-langkah yang diperlukan sebagai persediaan dalam menghadapi kemungkinan A.S mengundurkan diri daripada perjanjian nuklear tersebut.

Presiden Amerika Syarikat pada 13 Oktober lepas menyampaikan ucapan anti-Iran, di mana beliau berkata bahawa pentadbirannya tidak akan lagi memperakui kepatuhan Iran terhadap komitmen mereka seperti yang tertera di dalam JCPOA.

JCPOA dianggap sebagai salah sebuah pencapaian terpenting berhubung urusan luar negara yang dicapai oleh pentadbiran Barack Obama. Akan tetapi, Presiden Trump menganggap perjanjian itu sebagai sebuah perkara yang memalukan dan memberi amaran bahawa dia mungkin akan menamatkan perjanjian tersebut.

Tarikh akhir seterusnya bagi Trump untuk mengetepikan sekatan berkaitan nuklear ke atas Iran jatuh pada hari Jumaat akan datang.

Araqchi seterusnya menyatakan kesediaan Iran untuk menghadapi sebarang senario yang mungkin timbul jika A.S mengambil keputusan mengundurkan diri ataupun kekal di dalam JCPOA.

"Rantau kita akan merasakan lebih banyak derita (berbanding belahan dunia lain) akibat daripada pengunduran A.S daripada JCPOA," katanya sambil menggesa negara-negara Eropah untuk mengambil "langkah khusus" dalam rangka menggalakkan firma dan bank Eropah untuk bekerjasama dengan Iran.

Diplomat kanan Iran tersebut turut menekankan bahawa JCPOA boleh dijadikan sebuah model yang baik untuk menyelesaikan isu-isu antarabangsa melalui rundingan dan solusi menang-menang.

"JCPOA perlu ditukar supaya menjadi sebuah pengalaman sukses di arena antarabangsa dan Amerika Syarikat juga perlu memainkan peranannya di dalam memelihara JCPOA, kerana kegagalannya tidak akan mewujudkan rantau yang lebih baik bagi kami," kata Araqchi.

Iran dan lima anggota tetap Majlis Keselamatan PBB - Amerika Syarikat, Perancis, Britain, Rusia dan China - serta Jerman telah menandatangani perjanjian nuklear pada 14 Julai 2015 dan mula melaksanakannya sejak 16 Januari 2016.

Di bawah JCPOA, Iran berusaha untuk menghadkan program nuklearnya dan sebagai ganti Barat bersetuju untuk menghapuskan sekatan berkaitan nuklear yang dikenakan ke atas Tehran. -ABNA24


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
We are All Zakzaky