Gempa bumi bermagnitud 6.0 menurut skala richter telah menggegarkan kawasan Tenggara Iran yang terletak berdekatan dengan bandar Kerman, kata pusat Pemantauan Geologi Amerika Syarikat.
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Gempa bumi bermagnitud 6.0 menurut skala richter telah menggegarkan kawasan Tenggara Iran yang terletak berdekatan dengan bandar Kerman, kata pusat Pemantauan Geologi Amerika Syarikat.
Mereka berkata bahawa gerakan seismik yang berlaku pada hari Jumaat itu mengenai sebuah kawasan di bandar Heddjak yang terletak 58 kilometer dari timur laut bandar Kerman. Gegaran pertama itu kemudiannya disusuli oleh gegaran bermagnitud 5.0 menurut skala richter.
Gempa bumi yang pada awalnya dilaporkan bermagnitud 6.3 pada skala richter itu tercetur pada jam 6:32 pagi mengikut waktu tempatan. -ABNA24
/315