Hassan Rouhani Kekalkan Jawatan Presiden

  • News Code : 830837
  • Source : ABNA24
Hassan Rouhani telah diumumkan pemenang di dalam pilihan raya presiden Iran yang ke-12 pada hari ini sekaligus berjaya meraih mandat untuk kekal di pejabat presiden selama empat tahun lagi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Hassan Rouhani telah diumumkan pemenang di dalam pilihan raya presiden Iran yang ke-12 pada hari ini sekaligus berjaya meraih mandat untuk kekal di pejabat presiden selama empat tahun lagi.

Menteri Dalam Negeri Iran, Abdolreza Rahmani Fazli pada hari Sabtu mengumumkan bahawa Rouhani memenangi pilihan raya itu dengan meraih sebanyak 23,549,616 undi iaitu 57 peratus daripada jumlah undi yang dikira.



Beliau juga mengumumkan bahawa sebanyak 41,220,131 kertaas undi telah diterima dari seluruh pusat membuang undi dan menyatakan bahawa keputusan itu hampir mutlak.

Calon yang meraih undi kedua terbesar adalah Syed Ebrahimi Raeisi. Beliau yang merupakan calon konservatif yang berjaya memperoleh 15,786,449 undi iaitu 38.5 peratus.

Undi selebihnya diterima oleh dua calon lain. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram