India Tawar USD 11 Bilion Bangun Farzad B Iran

  • News Code : 859471
  • Source : ABNA24
Brief

Sebuah firma tenaga India telah mengumumkan bahawa mereka telah menyerahkan sebuah usul kepada kerajaan Iran untuk membangunkan lapangan gas bernama Farzad B yang menurut anggaran mereka melibatkan pelaburan sebanyak USD 11 bilion.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah firma tenaga India telah mengumumkan bahawa mereka telah menyerahkan sebuah usul kepada kerajaan Iran untuk membangunkan lapangan gas bernama Farzad B yang menurut anggaran mereka melibatkan pelaburan sebanyak USD 11 bilion.

Tawaran itu telah diserahkan oleh syarikat ONGC Videsh Ltd (OVL) yang merupakan cabang luar negara syarikat milik negara India bernama Oil and Natural Gas Corp (ONGC).

Pengarah syarikat OVL, Narendra Verma berkata bahawa mereka sedang menunggu respon daripada Tehran berhubung tawaran yang disifatkan beliau sebagai "tawaran terbaik" untuk membangunkan lapangan gas yang terletak di Teluk Parsi itu.

"Kami sedia untuk melabur dengan syarat kami akan memperolehi pulangan yang munasabah," kata Verma lagi.

"Kami telah menyebutkan tawaran yang terbaik kami. Sekarang terpulang kepada mereka untuk menyetujuinya atau tidak," tambahnya.

Pelaburan itu melibatkan USD 5.8 bilion untuk membangunkan Farzad B dan baki USD 5 bilion yang lain akan digunakan untuk membina fasiliti untuk memejalkan gas tersebut sebelum dieksport sebagai LNG.

Menteri Petroleum Iran, Bijan Zanganeh sebelum ini berkata bahawa Tehran telah menandatangani perjanjian permulaan dengan Gazprom dari Rusia berhubung pembangunan Farzad B. -ABNA24

/315




Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram