Iran Akan Berdiri Teguh Bersama Turki Di Sebalik Tekanan A.S

Iran Akan Berdiri Teguh Bersama Turki Di Sebalik Tekanan A.S

Di tengah-tengah pertikaian di antara Amerika Syarikat dan Turki, Iran mengatakan bahawa mereka akan sentiasa berdiri teguh bersama dengan negara Ankara dan memberikan bantuan yang diperlukan oleh pentadbiran Erdogan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Di tengah-tengah pertikaian di antara Amerika Syarikat dan Turki, Iran mengatakan bahawa mereka akan sentiasa berdiri teguh bersama dengan negara Ankara dan memberikan bantuan yang diperlukan oleh pentadbiran Erdogan.

Di dalam sebuah temu bual dengan stesen IRIB, Jurucakap Kementerian Luar Iran, Bahram Qassemi pada hari Sabtu menyelar gelombang sekatan baharu A.S terhadap Turki sambil menambah dengan mengatakan bahawa pendekatan sedemikian akan terbukti tidak berkesan sama sekali.

"Kami berharap kerajaan Turki dan rakyatnya akan menguruskan situasi dan tekanan yang dikenakan dari luar sempadan Turki (dengan baik) dan ... mereka pasti akan melakukan perkara itu kerana orang luar sama sekali tidak dapat mengubah kekuatan sesebuah bangsa melalui kaedah paksaan dan ancaman," kata Qassemi.

Beliau juga melahirkan harapan bahawa kebijaksanaan akan menguasai (percaturan politik) dunia dan hubungan di kalangan negara akan diperluas berdasarkan prinsip berhemah dan bermuhibah.

Hubungan antara Ankara dan Washington telah jatuh ke titik terendah di dalam beberapa dekad akibat daripada beberapa isu berbangkit; termasuk penahanan seorang pastor Amerika Syarikat, Andrew Brunson, yang berhadapan dengan tuduhan berkaitan dengan aktiviti keganasan dan penyusutan nilai lira Turki yang terkesan akibat daripada tarif baharu Washington terhadap industri besi negara itu.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky