Iran Akan Kekal Dalam JCPOA Jika Pihak Lain Komited Pelihara Kepentingan Tehran

Iran Akan Kekal Dalam JCPOA Jika Pihak Lain Komited Pelihara Kepentingan Tehran

Presiden Hassan Rouhani mengatakan bahawa Republik Islam Iran akan kekal di dalam perjanjian nuklear 2015 jika pihak lain yang terbabit di dalam perjanjian itu bersedia untuk menjamin kepentingan negara Timur Tengah itu setelah A.S menarik diri secara unilateral daripada perjanjian itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Hassan Rouhani mengatakan bahawa Republik Islam Iran akan kekal di dalam perjanjian nuklear 2015 jika pihak lain yang terbabit di dalam perjanjian itu bersedia untuk menjamin kepentingan negara Timur Tengah itu setelah A.S menarik diri secara unilateral daripada perjanjian itu.

"Sekiranya lima negara lain yang telah turut bersama kami di dalam perjanjian ini memenuhi komitmen mereka dan menjamin kepentingan Iran, perjanjian itu akan kekal di sebalik hasrat Amerika dan rejim Zionis yang ingin melihatnya berkubur," katanya.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang sebelum ini mengancam untuk menarik diri daripada perjanjian itu sejak pelaksanaannya pada Januari lalu, mengumumkan pengunduran Washington dari perjanjian pada hari Selasa lalu.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky