Iran Akan Saman AS Sekat Perkhidmatan Maritim

Iran Akan Saman AS Sekat Perkhidmatan Maritim

Iran akan menyaman Amerika Syarikat (AS) kerana mengenakan sekatan ke atas perkhidmatan pengangkutan maritimnya, lapor agensi berita Xinhua.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Iran akan menyaman Amerika Syarikat (AS) kerana mengenakan sekatan ke atas perkhidmatan pengangkutan maritimnya, lapor agensi berita Xinhua.

Pengarah Urusan Pertubuhan Pelabuhan dan Maritim Iran, Mohammad Rastad berkata saman itu akan difailkan kepada Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) di London, minggu depan.

Katanya, tindakan itu berdasarkan undang-undang antarabangsa yang mengawal industri maritim.

Rabu lalu, wakil khas AS bagi Iran, Brian Hook mengancam penalti mungkin dikenakan kepada pengendali pelabuhan kerana memberi akses kemudahan laluan air dan pelabuhan antarabangsa kepada kapal Iran.

“Membenarkan kapal tangki Iran yang diinsuranskan sendiri, mengangkut dan transit boleh memberikan risiko kepada pelabuhan,” katanya.

Semalam, Timbalan Komander Angkatan Tentera Iran, Laksamana Mahmud Mahmoud Mousavi berkata, pasukan tentera akan melindungi kapal tangki minyak daripada sebarang kemungkinan ancaman AS di perairan antarabangsa.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky