Iran Akan Tinggalkan Perjanjian Nuklear Jika Pihak Lain Tinggalkannya: Ayatullah Khamenei

Iran Akan Tinggalkan Perjanjian Nuklear Jika Pihak Lain Tinggalkannya: Ayatullah Khamenei

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei berkata bahawa negaranya tidak akan teragak-agak untuk 'mencincang' perjanjian nuklear Tehran dengan kumpulan P5+1 jikalau pihak yang lain bertindak 'mengoyakkannya.'

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei berkata bahawa negaranya tidak akan teragak-agak untuk 'mencincang' perjanjian nuklear Tehran dengan kumpulan P5+1 jikalau pihak yang lain bertindak 'mengoyakkannya.'

Bercakap di dalam sebuah pertemuan dengan kumpulan elit akademik Iran di Tehran, Ayatullah Khamenei memuji tindakan Kesatuan Eropah yang mengecam Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kerana keengganan beliau untuk mengesahkan kepatuhan Tehran di dalam melaksanakan komitmennya terhadap perjanjian itu.

"Akan tetapi, tindakan mereka (EU) yang berkata bahawa beliau (Trump) tidak sepatutnya mengoyakkan JCPOA (nama rasmi perjanjian nuklear Iran) tidak memadai. Sememangnya JCPOA melindungi kepentingan mereka. Selagi pihak lain tidak mengoyakkan JCPOA, kami tidak akan mengoyakkannya," kata Ayatullah Khamenei sambil memberi amaran bahawa Iran akan 'mencincang' dokumen itu jika pihak lain mengoyakkannya.

Ayatullah Khamenei turut berkata bahawa pihak Eropah perlu mengambil langkah praktikal ketika berhadapan dengan ancaman Washington terhadap perjanjian itu. Mereka juga, menurut beliau perlu menunjukkan keengganan untuk menyertai A.S di dalam mengecam peranan di Iran di rantau ataupun program pembangunan sistem pertahanan negara Timur Tengah itu.

Eropah, kata Khamenei perlu "mengelakkan diri daripada campur tangan di dalam isu berkaitan pertahanan kami."

Ayatullah Khamenei turut menolak kritikan Barat berhubung program peluru berpandu konvensional Iran sambil mempersoalkan program pertahanan negara-negara tersebut.

"Kenapa kalian, kalian sendiri memiliki peluru berpandu? Kenapa kalian memiliki peluru nuklear," kata beliau yang cuba mematahkan sistem logika politik Barat.

Beliau juga mengatakan bahawa Iran telah berjaya berhadapan dengan sistem hegemoni A.S dan mencapai kemajuan di sebalik tekanan dan sekatan. Khamenei menambah dengan mengatakan bahawa kemarahan yang ditunjukkan A.S ke atas Iran baru-baru ini timbul akibat daripada peranan penting Iran di Syria dalam menghancurkan kumpulan pengganas Takfiri Daesh.

Iran menganggap bahawa kumpulan Daesh adalah sebuah kumpulan yang ditaja oleh kuasa besar dunia dalam rangka melakarkan program Timur Tengah baharu. Presiden Trump sendiri di dalam retorik pilihan rayanya menyatakan bahawa Daesh adalah produk langsung pentadbiran Presiden Obama.

Peranan berkesan Tehran di Syria telah menggagalkan rancangan tersebut yang menurut Iran menjadi punca Washington semakin berang dengan mereka.

"A.S adalah ajen Zionisme antarabangsa; A.S adalah pencipta gelombang Daesh dan Takfiri; Apakah kalian beranggapan bahawa A.S tidak berang dengan kekuatan yang berdiri menentang Daesh? Mereka naik angin kerana Republik Islam berjaya menggagalkan plot mereka di negara serantu termasuk, Iraq, Syria dan Lubnan," tambah beliau.

Ayatullah Khamenei juga berkata bahawa tindakan memberi respon kepada cemuhan tidak berasas Trump ke atas bangsa Iran adalah sesuatu yang membuang masa semata-mata.

"Buang masa sahaja (kita) membalas bebelan dan kenyataan tidak masuk akal daripada Presiden A.S yang bermulut celupar." -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky