Iran Berkas 27 Orang Pengganas Daesh

  • News Code : 846911
  • Source : ABNA24
Brief

Pasukan keselamatan Republik Islam Iran berjaya menahan 27 orang pengganas yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Takfiri Daesh sebelum mereka mampu melancarkan serangan di dalam negara tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pasukan keselamatan Republik Islam Iran berjaya menahan 27 orang pengganas yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Takfiri Daesh sebelum mereka mampu melancarkan serangan di dalam negara tersebut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perisikan pada hari Isnin, pasukan keselamatan Iran berjaya mengenal pasti dan menahan para pengganas tersebut. Laporan yang sama turut mengatakan bahawa para pengganas itu sedang merancang untuk melancarkan serangan sebelum majlis pelantikan Presiden Hassan Rouhani.

Para pengganas diberkas di dalam sebuah operasi perisikan yang turut melibatkan perkongsian maklumat dengan negara serantau.

Pasukan keselamatan Iran juga dilaporkan telah merampas beberapa peralatan ketenteraan yang cuba diseludup oleh para pengganas ke dalam negara Islam itu, baca kenyataa itu.

Menurut kementerian tersebut, lima orang pengganas itu akan dituduh sebagai perancang serangan pengganas di dalam Iran dan yang selebihnya pula akan didakwa kerana bantuan yang mereka berikan kepada para pengganas tadi. ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

We are All Zakzaky
Telegram