Iran Kecam Pembunuhan Jururawat Oleh Rejim Israel

Iran Kecam Pembunuhan Jururawat Oleh Rejim Israel

Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif mengutuk pembunuhan seorang jururawat muda Palestin oleh rejim Zionis Israel berhampiran dengan sempadan Gaza sambil menamakan insiden itu sebagai satu lagi tindakan memalukan oleh rejim tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif mengutuk pembunuhan seorang jururawat muda Palestin oleh rejim Zionis Israel berhampiran dengan sempadan Gaza sambil menamakan insiden itu sebagai satu lagi tindakan memalukan oleh rejim tersebut.

Dalam sebuah komen beliau di dalam akaun Twitter rasminya pada hari Ahad, Zarif juga mengecam tindakan Amerika Syarikat yang menolak sebuah resolusi Majlis Keselamatan PBB yang mengutuk penggunaan kekerasan rejim Israel terhadap warga Palestin.

Sebelum ini, seorang jururawat muda Palestin terbunuh ketika pasukan tentera Israel melepaskan tembakan ke arah sekumpulan penunjuk perasaan yang mengambil bahagian dalam perhimpunan anti-pendudukan berhampiran sempadan antara Semenanjung Gaza dan wilayah yang diduduki rejim Zionis.

Sekurang-kurangnya 120 orang Palestin telah dibunuh oleh pasukan Israel sejak tunjuk perasaan yang membawa mesej "Great March of Return" bermula di Semenanjung Gaza pada 30 Mac lalu, Empat belas di antara mangsa dilaporkan sebagai kanak-kanak.

Kira-kira 13,300 warga Palestin juga mengalami kecederaan akibat daripada tindakan ganas rejim Zionis di mana 300 daripada mereka dilaporkan berada di dalam keadaan kritikal.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
We are All Zakzaky