Iran Kecam Serangan Rejim Zionis Ke Atas Syria

Iran Kecam Serangan Rejim Zionis Ke Atas Syria

Iran telah mengutuk serangan terkini rejim Israel ke atas Syria sambil menganggapnya sebagai sebuah usaha oleh pendukung utama kumpulan pengganas di negara Arab tersebut dalam rangka menjawab kekalahan mereka di tangan kerajaan Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Iran telah mengutuk serangan terkini rejim Israel ke atas Syria sambil menganggapnya sebagai sebuah usaha oleh pendukung utama kumpulan pengganas di negara Arab tersebut dalam rangka menjawab kekalahan mereka di tangan kerajaan Presiden Syria, Bashar al-Assad.

"Serangan rejim Zionis ke atas wilayah Syria di bawah dakwaan bersendirian yang tidak berasas merupakan sebuah bentuk pencabulan ke atas kedamaian Syria sekaligus melanggari semua konvensyen antarabangsa (yang wujud)," kata Jurucakap Kementerian Luar Iran Bahram Qassemi dalam satu kenyataan awal Jumaat.

Kenyataan itu disusuli selepas Israel menyerang berpuluh-puluh sasaran di dalam wilayah Syria yang diakui oleh rejim Tel Aviv sendiri sebagai serangan yang paling meluas terhadap negara Arab itu dalam beberapa dekad ini.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky