Iran Lebih Suka Dialog Berbanding Kekerasan: Speaker Parlimen

  • News Code : 846702
  • Source : ABNA24
Brief

Speaker Parlimen Iran, Ali Larijani berkata bahawa negaranya secara dasarnya menyokong proses dialog berbanding penggunaan kekerasan di dalam menyelesaikan pelbagai konflik.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Speaker Parlimen Iran, Ali Larijani berkata bahawa negaranya secara dasarnya menyokong proses dialog berbanding penggunaan kekerasan di dalam menyelesaikan pelbagai konflik.

Larijani membuat kenyataan itu pada hari Ahad kepada Presiden Kesatuan Antara Parlimen (IPU), Saber Hossain Chowdhury yang berada di Tehran untuk menghadiri majlis pelantikan Presiden Rouhani.

"Strategi Iran sentiasa (dibuat) berdasarkan fakta bahawa permasalahan dan perbezaan tidak boleh diselesaikan melalui proses mobilisasi dan ketenteraan. Akan tetapi, perkara itu boleh diselesaikan melalui perundingan politik," katanya.

"Sepertimana peperangan dan pertumpahan darah di Yaman serta di Syria terbukti sia-sia, (kekerasan) tidak akan membawa kita ke mana-mana melainkan kematian..," tambahnya.

Sebagai sebahagian daripada anggota IPU, Iran menganggap dirinya bertanggungjawab untuk membantu badan itu menyelesaikan isu dan krisis antarabangsa.

Chowdhury pula berkata bahawa Iran adalah negara anggota IPU yang "berharga dan berpengaruh" di dalam pertubuhan tersebut dan beliau juga percaya bahawa Tehran mampu menyumbang untuk menamatkan banyak krisis dunia. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram