Iran Nafi Keras Tuduhan 'Tidak Berasas' Bahrain

Iran Nafi Keras Tuduhan 'Tidak Berasas' Bahrain

Kementerian Luar Iran dengan tegas menafikan dakwaan tidak berasas Bahrain berhubung kaitan Tehran dengan beberapa suspek yang terlibat di dalam insiden pengeboman tahun 2017 yang menyasarkan paip minyak di negara Arab itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kementerian Luar Iran dengan tegas menafikan dakwaan tidak berasas Bahrain berhubung kaitan Tehran dengan beberapa suspek yang terlibat di dalam insiden pengeboman tahun 2017 yang menyasarkan paip minyak di negara Arab itu.

Di dalam kenyataan pada hari Khamis, jurucakap kementerian tersebut, Bahram Qassemi berakata bahawa dakwaan terkini rejim Manama itu "dibuat-buat dan tidak berasas," sambil menyeru pemerintah Bahrain untuk menghentikan "permainan" ini ke atas Iran.

Kementerian Dalam Negeri Bahrain pada hari Rabu berkata bahawa pihak berkuasa negara itu telah menahan empat orang warga negara Arab tersebut yang disyaki terlibat di dalam pengeboman paip minyak milik syarikat Aramco pada 10 November lepas. Mereka turut menuduh bahawa suspek telah menerima latihan dan senjata daripada Iran.

Menurut mereka, tiga lagi suspek yang turut bersama kumpulan itu masih bebas. -ABNA24


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram