Iran Sedang Membuat Persiapan Pilihan Raya Di Bawah Suasana Aman Dan Damai; Ayatullah Khamenei

  • News Code : 830383
  • Source : ABNA24
Brief

Pemimpin Revolusi Islam Iran, Syed Ali Khamenei berkata bahawa negara itu sedang sibuk dengan persiapan menjelang pilihan raya presiden ke-12 di dalam suasana yang aman dan damai di sebalik rantau Timur Tengah yang teruk dilanda pertelingkahan dan pergolakan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Revolusi Islam Iran, Syed Ali Khamenei berkata bahawa negara itu sedang sibuk dengan persiapan menjelang pilihan raya presiden ke-12 di dalam suasana yang aman dan damai di sebalik rantau Timur Tengah yang teruk dilanda pertelingkahan dan pergolakan.

"Lihat kepada negara-negara serantau. Apakah ada kawasan yang kekacauan tidak wujud di sana? Di sebalik pergolakan yang pelbagai, Repbulik Islam (Iran) sedang membuat persiapan pilihan raya di bawah suasana penuh aman dan damai," kata beliau pada hari Rabu di Tehran.

"Perkara ini sangat berharga," tambah pemimpin itu sambil mengatakan bahawa warga awam secara keseluruhannya menanti proses pembuangan undi dengan penuh semangat.

Setiap badan pentadbiran, pemantau dan agensi keselamatan sedang sibuk berusaha untuk memeliharan pilihan raya 19 Mei tersebut, kata Khamenei.

Menurut beliau, badan-badan ini menikmati kepercayaan warga Iran. Akan tetapi beliau tetap menggesa mereka untuk bertindak dengan penuh teliti sekaligus menjaga (integriti) undian warga awam. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram