Iran: Sokongan AS Kepada Saudi, Israel Bahayakan Keselamatan Serantau

Iran: Sokongan AS Kepada Saudi, Israel Bahayakan Keselamatan Serantau

Menteri Luar Negeri Iran berkata sokongan Amerika Syarikat (AS) kepada Arab Saudi dan Israel mengakibatkan kerosakan di rantau itu, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan media tempatan pada Isnin.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Negeri Iran berkata sokongan Amerika Syarikat (AS) kepada Arab Saudi dan Israel mengakibatkan kerosakan di rantau itu, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan media tempatan pada Isnin.

Menurut Press TV, Mohammad Javad Zarif berkata AS menggalakkan Arab Saudi dan Israel melakukan kekejaman dengan memberikan “sokongan menyeluruh” kepada mereka.

“Saya rasa sokongan menyeluruh yang diberikan oleh AS kepada Arab Saudi dan Israel telah membolehkan mereka melakukan kekejaman yang tidak mungkin berlaku sekiranya sokongan sebegitu tidak wujud,” kata beliau.

Tehran mempunyai pendapat yang bertentangan dengan Riyadh dan Tel Aviv berhubung peranan yang mereka mainkan untuk mempengaruhi rantau itu.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky