Iran Tidak Akan Berunding Dengan Rejim Penipu Dan Pembuli A.S

Iran Tidak Akan Berunding Dengan Rejim Penipu Dan Pembuli A.S

Pemimpin Revolusi Republik Islam Iran Ayatullah Syed Ali Khamenei mengatakan bahawa negaranya tidak akan mengadakan rundingan baru dengan Amerika Syarikat kerana sifat mereka yang suka menipu dan membuli.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Revolusi Republik Islam Iran Ayatullah Syed Ali Khamenei mengatakan bahawa negaranya tidak akan mengadakan rundingan baru dengan Amerika Syarikat kerana sifat mereka yang suka menipu dan membuli.

Bercakap di dalam pertemuan dengan sekumpulan warga Iran di Tehran, Ayatullah Khamenei pada har Isnin menolak rundingan baharu dengan Amerika Syarikat di sebalik retorik Presiden Trump yang memanggil rundingan terus di antara Washington dan Tehran.

Pemimpin itu juga berkata, "Mengapa kita harus duduk berunding rejim yang suka membuli dan menipu serta berunding seperti ini," jelas beliau yang merujuk kepada tindakan Washington sebelum ini yang menarik diri daripada kesepakatan nuklear Iran tahun 2015.

Di bawah kesepakatan tersebut, Iran bersetuju untuk menghadkan program nuklear mereka dan sebagai ganti, negara-negara penandatangan yang lain akan segera menamatkan sebarang bentuk sekatan berkaitan program tersebut yang pernah dikenakan ke atas Tehran sebelum ini. Amerika Syarikat di bawah pentadbiran bekas Presiden Barrack Obama adalah salah satu daripada penandatangan di dalam perjanjian yang secara rasminya dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA).

Trump menarik A.S keluar dari perjanjian nuklear Iran pada bulan Mei, dan mengatakan bahawa dia merancang untuk mengembalikan sekatan nuklear A.S ke atas Iran sambil menjanjikan sekatan ekonomi pada "tahap tertinggi" ke atas Republik Islam tersebut. Tindakan itu menimbulkan kritikan daripada pelbagai pihak termasuk Kesatuan Eropah. 

Iran  yang telah menghabiskan masa beberapa tahun di meja rundingan dalam rangka untuk mencapai kesepakatan bersejarah itu menganggap tindakan Trump memanggil mereka untuk berunding semula adalah tidak jujur dan bersifat retorik semata-mata.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky