Iran Tidak Akan Lupa Tindakan A.S Anugerahkan Kapten Kapal Yang Bunuh 290 Warga Awamnya

  • News Code : 840337
  • Source : ABNA24
Brief

Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif menegaskan bahawa negaranya tidak akan pernah melupakan tragedi yang menimpa penerbangan IR655 yang dioperasikan oleh Iran Air apabila Amerika Syarikat menembak jatuh pesawat tersebut pada 29 tahun lepas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif menegaskan bahawa negaranya tidak akan pernah melupakan tragedi yang menimpa penerbangan IR655 yang dioperasikan oleh Iran Air apabila Amerika Syarikat menembak jatuh pesawat tersebut pada  29 tahun lepas.

Zarif pada hari Isnin membuat kenyataan itu di media sosial sempena hari ulang tahun ke-29 tragedi tersebut. Tentera laut Amerika Syarikat menembak jatuh pesawat penumpang Airbus A300B2 dengan menggunakan peluru berpandu di perairan Teluk Parsi pada tahun 1988.

"Pada 3 Julai 1988, sebuah kapal perang A.S menembak jatuh #IR655 sekaligus membunuh 290 warga awam (yang menaiki pesawat malang itu). Kapten kapal Amerika Syarikat pula diberikan pingat kerana membunuh mangsa yang tidak bersalah. Warga Iran tidak akan pernah melupakan (tragedi dan jenayah itu)," tulisnya.

Walaupun dilengkapi dengan radar yang canggih, USS Vincennes mendakwa bahawa mereka menyangka pesawat itu merupakan sebuah pesawat tentera. Iran juga tidak berperang dengan A.S pada waktu itu untuk memberikan sebarang alasan kepada kapten kapal tersebut melancarkan peluru berpandu ke arah pesawat itu.

Setahun kemudian, Kapten USS Vincennes, William C. Rogers diisytiharkan tidak bersalah di dalam insiden tersebut. Presiden George Bush bahkan pergi lebih jauh dengan menganugerahkan pingat Legion Of Merit kepadanya di atas perkhidmatan cemerlang.

Kementerian Luar Negara Iran pada awal hari ini mengeluarkan sebuah kenyataan yang mengecam jenayah kejam A.S. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram