"Iran Tidak Akan Terperangkap Untuk Tinggalkan JCPOA"

Timbalan Menteri Luar Iran berkata bahawa Amerika Syarikat sedang berusaha untuk memerangkap Iran spuaya meninggalkan perjanjian nuklear yang turut dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA).

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Timbalan Menteri Luar Iran berkata bahawa Amerika Syarikat sedang berusaha untuk memerangkap Iran spuaya meninggalkan perjanjian nuklear yang turut dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA).

"A.S berusaha untuk memerangkap kita supaya keluar daripada JCPOA. Akan tetapi, kita tidak akan terperangkap," kata Abbas Araqchi di dalam sebuah temuramah dengan surat khabar Itali, La Republica.

Presiden Donald Trump pada 12 Januari lepas menandatangani dokumen pelepasan sekatan ke atas Iran buat kali yanng ketiga sebagai sebahagian daripada komitmen Washington di dalam perjanjian bersejarah itu.

Perjanjian multi lateral itu turut ditandatangani oleh U.K, Perancis, China, Russia dan Jerman yang bersetuju untuk menamatkan sebarang sekatan berkaitan program nuklear Iran selepas Tehran bersetuju untuk menghadkan program tersebut.

Akan tetapi, pemimpin negara A.S yang memanggil perjanjian itu sebagai sesuatu yang memalukan buat Washington memberi amaran kepada EU bahawa beliau sedang memberikan "peluang terakhir" kepada mereka untuk "memperbaiki beberapa kelemahan yang wujud di dalam perjanjian itu."

Araqchi turut mengatakan bahawa A.S akan kehilangan kepercayaan dunia kepadanya jikalau bertindak meninggalkan perjanjian tersebut.

"Jika A.S bertindak meninggalkan perjanjian itu, tidak akan ada siapapun yang akan berunding dengan mereka," tambah Araqchi.

Timbalan Kementerian Luar Iran itu turut berkata bahawa negaranya sentiasa komited terhadap perjanjian tersebut dan memperingatkan pihak lain untuk menunjukkan komitmen yang sama. -ABNA24


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky