Iran Tolak Campur Tangan Dalam Program Peluru Berpandunya

Iran Tolak Campur Tangan Dalam Program Peluru Berpandunya

Seorang penasihat kanan pemimpin agung Iran, Ali Khamenei, pada Rabu menolak beberapa "campur tangan" dalam program pembangunan peluru berpandu negara itu, lapor agensi berita China Xinhua.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang penasihat kanan pemimpin agung Iran, Ali Khamenei, pada Rabu menolak beberapa "campur tangan" dalam program pembangunan peluru berpandu negara itu, lapor agensi berita China Xinhua.

"Program peluru berpandu Iran tidak membimbangkan negara lain kerana ia adalah isu domestik," kata Ali Akbar Velayati kepada pemberita selepas bertemu pengerusi lawatan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Parlimen Eropah, David McAllister.

"Iran membangunkan sistem pertahanannya sesuai dengan kepentingan negara," katanya sambil menambah bahawa peluru berpandu itu merupakan "alat pencegahan" bagi republik Islam tersebut.

"Kami tidak membenarkan pihak lain campur tangan dalam program pertahanan negara," katanya.

Pegawai Iran telah mengulangi bahawa republik Islam itu tidak akan berunding mengenai program peluru berpandunya yang mendapat tekanan dari Amerika Syarikat. - Bernama


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram