IRGC Akan Anggap Tentera A.S Sebagai Daesh Jika Disenarai Sebagai Pengganas

  • News Code : 859412
  • Source : ABNA24
Brief

Seorang pemerintah Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) berkata bahawa negaranya akan menganggap tentera Amerika Syarikat seperti pengganas Daesh jikalau Washington bertindak melabelkan Pengawal Revolusi sebagai kumpulan pengganas sambil menambah bahawa tiada kem tentera milik Pentagon di rantau itu yang akan selamat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang pemerintah Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) berkata bahawa negaranya akan menganggap tentera Amerika Syarikat seperti pengganas Daesh jikalau Washington bertindak melabelkan Pengawal Revolusi sebagai kumpulan pengganas sambil menambah bahawa tiada kem tentera milik Pentagon di rantau itu yang akan selamat.

Mejar Jeneral, Mohammad Ali Jaafari membuat amaran itu pada hari Ahad setelah laporan menyatakan bahawa Presiden Donald Trump sedang bersiap-sedia untuk mengenakan tindakan baharu terhadap Iran termasuk pelabelan IRGC sebagai pertubuhan pengganas.

"Seperti yang pernah kami umumkan dahulu, jika undang-undang baharu A.S berhubung sekatan (ke atas Iran) dikuatkuasakan, negara ini akan memindahkan kem luar wilayahnya di luar radius jangkauan peluru berpandu Iran iaitu 2,000 km," lapor ISNA yang mengutip kata Jaafari.

Jeneral Jaafari merujuk kepada Akta Menghadapi Musuh A.S Melalui Sekatan (CAATSA) yang ditandatangani oleh Trump pada 2 Ogos lalu selepas mendapat kelulusan Senat.

Jaafari turut berkata bahawa "penguatkuasaan CAATSA juga bererti bahawa A.S secara unilateral telah menarik diri daripada perjanjian nuklear JCPOA," sekaligus membenarkan Iran untuk bertindak-balas secara selari.

Trump dijangka akan mengumumkan bahawa negaranya tidak akan meneruskan komitmennya di dalam perjanjian nuklear itu; sebuah tindakan yang mampu menamatkan perjanjian tersebut.

"Kami akan menggunakan peluang yang timbul akibat tindakan bodoh pentadbiran Trump untuk memajukan diri kami di dalam lapangan pertahanan, program peluru berpandu dan juga program-program di rantau ini," tambah beliau.

"Jika berita berhubung kebodohan pentadbiran A.S -khususnya berkaitan dengan pelabelan IRGC sebagai pertubuhan pengganas- ini benar, para 'Pengawal' akan menganggap tentera A.S di seluruh dunia khususnya di Timur Tengah sebagai pengganas Daesh.

Menurut Jaafari, jika matlamat sebenar A.S ketika membangkitkan isu ini adalah untuk menarik Iran kembali ke meja rundingan dalam rangka mengubah kandungan JCPOA, maka A.S telah memilih caran yang salah secara mutlak.

"Sekatan (baharu) ini akan menambah pengalaman JCPOA buat kami. Pengalaman itu mengajar kami bahawa dialog adalah sebuah alat bagi A.S untuk menekan dan meneruskan permusuhan mereka dan bukan sebagai perkakasan untu menyelesaikan masalah," tambah beliau.

Amerika Syarikat Perlu Tanggung Akibat

Sementara itu, Kementerian Luar Iran turut memberikan reaksi dan respon berhubung kemungkinan tindakan lanjut Presiden Trump ke atas IRGC dengan berkata bahawa sebarang tindakan untuk melabelkan pasukan tersebut sebagai kumpulan pengganas akan mewujudan liabiliti yang perlu ditanggung oleh Washington sendiri.

“Jika mereka melakukannya, tindak balas Iran akan tegas dan Amerika perlu menanggung akibatnya” kata jurucakap kementerian luar Iran, Bahram Qasemi, kepada agensi berita rasmi negara itu, IRNA.

Setakat ini, individu dan rakan sekutu IRGC sudah disenaraikan Amerika sebagai pertubuhan pengganas namun IRGC belum dimasukkan dalam senarai itu. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram