Israel Tidak Berhak Panggil Iran Sebagai Ancaman Serantau

Israel Tidak Berhak Panggil Iran Sebagai Ancaman Serantau

Presiden Iran, Hassan Rouhani mengatakan bahawa rejim Israel tidak berhak untuk mendakwa Iran sebagai ancaman kepada Timur Tengah sambil menekankan bahawa program pembangunan peluru berpandu Tehran semata-mata bertujuan untuk menjaga keamanan dan keselamatan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Iran, Hassan Rouhani mengatakan bahawa rejim Israel tidak berhak untuk mendakwa Iran sebagai ancaman kepada Timur Tengah sambil menekankan bahawa program pembangunan peluru berpandu Tehran semata-mata bertujuan untuk menjaga keamanan dan keselamatan.

"Mereka yang sepanjang 70 tahun yang lalu sibuk mencipta ketegangan, melancarkan peperangan dan mengakibatkan kemusnahan di rantau ini dan melakukan pembunuhan beramai-ramai dan melancarkan tragedi [Sabra dan Shatila] tidak memiliki kedudukan untuk menggambarkan Iran sebagai ancaman (kepada rantau ini)," kata Rouhani di dalam sebuah sesi kabinet pada hari Rabu.

"Iran bukanlah ancaman kepada sesiapa pun. Iran adalah tunjang kestabilan dan keselamatan bagi seluruh rantau. Tetapi sudah tentu ia akan mempertahankan haknya," kata beliau di Tehran.

Presiden Iran membuat kenyataan tersebut sehari selepas Perdana Menteri Rejim Israel, Benjamin Netanyahu mendakwa bahawa Tehran bertanggungjawab terhadap "kegelapan yang menyelimuti" rantau Timur Tengah sambil berkata Israel menghadapi ancaman dari Republik Islam.

Dalam ucapan berapinya pada hari Selasa di Washington kepada Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Israel (AIPAC), Netanyahu juga mendakwa bahawa Iran telah memperluaskan pengaruhnya di Timur Tengah dan sedang berusaha untuk menguasai negara-negara serantau.

Rouhani mengkritik percubaan beberapa negara di rantau ini untuk mempromosikan Iranophobia sambil mengatakan bahawa Iran tidak pernah menyerang dan tidak akan menyerang mana-mana negara.

"Sejarah menunjukkan bahawa negara Iran tidak pernah ... menduduki mana-mana negara. Kami tidak pernah membedil negara jiran kami atau menwujudkan tekanan ke atas negara-negara serantau. Bukan sahaja kami tidak menghalau keluar sebarang bangsa dari negara mereka sendiri, bahkan kami juga mengalu-alukan pelarian," katanya.

Iran mahu melihat kemajuan dan kemakmuran bagi semua negara serantau, kata Rouhani.

"Senjata kami bertujuan untuk mempromosikan keamanan, memperkuat kestabilan dan keselamatan, dan mencegah orang lain daripada berfikir untuk menyerang negara kami. Oleh itu, tiada pihak yang perlu bimbang tentang senjata Iran, sama ada peluru berpandu ataupun tindakannya mengukuhkan sektor pertahanannya," tegas Rouhani.





















Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram