Jutaan Warga Iran Turun Ke Jalan Raya Sambut Ulang Tahun Kemenangan Revolusi Islam

  • News Code : 810803
  • Source : ABNA24
Brief

Jutaan warga Iran pada hari ini telah turun ke jalan raya di seluruh negara untuk menghidupkan memori kemenangan Revolusi Islam Iran pada tahun 1979 ketika Imam Khomeini dan pengikutnya berjaya menumbangkan rejim Syah Pahlavi yang merupakan diktator tajaan Amerika Syarikat di negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jutaan warga Iran pada hari ini telah turun ke jalan raya di seluruh negara untuk menghidupkan memori kemenangan Revolusi Islam Iran pada tahun 1979 ketika Imam Khomeini dan pengikutnya berjaya menumbangkan rejim Syah Pahlavi yang merupakan diktator tajaan Amerika Syarikat di negara itu.

Masyarakat Iran yang terdiri daripada pelbagai latar belakang telah menyertai perarakan tahunan yang diadakan pada setiap 22 Bahman (11 Februari) di beberapa bandar utama di negara Timur Tengah itu. Mereka membawa sepanduk yang menyatakan sokongan kepada Pemimpin Tertinggi negara itu dan dalam masa yang sama melahirkan kemarahan mereka kepada kuasa-kuasa besar yang mengeksploitasi negara-negara lemah di seluruh dunia.

Pada 11 Februari tahun 1979, Revolusi Iran menemui kejayaan dengan tumbangnya rejim Pahlavi di Iran berikutan usaha gigih dan berterusan rakyat Iran yang melancarkan beberapa siri protes jalanan di bawah pantauan dan arahan Ayatullah Khomeini. Beliau kemudiannya menubuhkan Republik Islam Iran yang berdiri berasaskan nilai-nilai Islam dan hingga kini masih mendapat sokongan yang meluas daripada kalangan rakyat jelata negara itu.

Usaha beliau kini diteruskan oleh penggantinya, Ayatullah Syed Ali Khamenei yang terus-menerus menerapkan nilai-nilai Islam yang sentiasa segar di dalam pemerintahan negara Iran. 

38 tahun selepas revolusi tersebut, negara yang merupakan musuh ketat Israel dan Amerika Syarikat itu kini semakin disegani di seluruh dunia di sebalik polisi sekatan dan permusuhan yang diamalkan oleh Washington dan sekutunya ke atas Tehran.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram