Kerjasama Rapat Rusia-Iran Halang Campur Tangan A.S Di Syria

  • News Code : 840502
  • Source : ABNA24
Brief

Seorang pegawai kanan Republik Islam Iran menyuarakan amaran berhubung kesan buruk campur tangan Amerika Syarikat di dalam krisis Syria sambil menyeru kepada hubungan lebih rapat di antara Moscow-Tehran dalam rangka menghadapi rencana A.S di negara Arab itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang pegawai kanan Republik Islam Iran menyuarakan amaran berhubung kesan buruk campur tangan Amerika Syarikat di dalam krisis Syria sambil menyeru kepada hubungan lebih rapat di antara Moscow-Tehran dalam rangka menghadapi rencana A.S di negara Arab itu.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran, Ali Shamkhani berkata bahawa campur tangan A.S di Syria mampu menyemarakkan ketegangan di Timur Tengah dan memperkukuhkan kumpulan pengganas di rantau yang bergolak itu. Beliau berkata sedemikian di dalam perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Rusia Nikolai Patrushev pada hari Selasa.

Shamkhani menekankan perihal pentingnya "peningkatatan ko-ordinasi di antara Iran dan Rusia dalam rangka menghalang campur tangan tidak sah A.S di Syria serta mengelakkan kemusnahan kepada kedaulatan dan integriti wilayah Syria."

Beliau turut berkata bahawa serangan tentera A.S ke atas posisi tentera Syria yang bertujuan untuk meningkatkan semangat para pengganas Takfiri dan mempertahankan kawasan kawalan mereka adalah bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan mencabuli resolusi Majlis Keselamatan serta piagam PBB itu sendiri.

Pakatan pimpinan A.S mula menyerang posisi pengganas seperti yang didakwa mereka sejak September 2014. Mereka tidak mendapatkan sebarang restu daripada kerajaan sah di Damsyik di dalam misi ketenteraan tersebut.

Di dalam beberapa insiden yang berlaku beberapa bulan sebelum ini, jet-jet pakatan telah menyerang posisi tentera Arab Syria dengan dakwaan bahawa tentera Damsyik mendatangkan bahaya kepada pasukan pakatan. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram