Kesemua Tindakan Arab Saudi Menguntungkan Israel: Larijani

  • News Code : 837619
  • Source : ABNA24
Brief

Speaker Parlimen Iran, Ali Larijani mengecam Arab Saudi kerana bekerja secara rahsia dengan rejim Israel. Beliau berkata bahawa kesemua tindakan yang diambil oleh Riyadh mengunntungkan Tel Aviv dan dalam masa yang sama merugikan negara-negara Islam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Speaker Parlimen Iran, Ali Larijani mengecam Arab Saudi kerana bekerja secara rahsia dengan rejim Israel. Beliau berkata bahawa kesemua tindakan yang diambil oleh Riyadh mengunntungkan Tel Aviv dan dalam masa yang sama merugikan negara-negara Islam.

Larijani membuat kenyataan itu di dalam sebuah pertemuan dengan duta besar dari beberapa buah negara Islam di Tehran pada hari Isnin.

"Kami telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan Arab Saudi memahami bahawa tindakan mereka merugikan umat Islam. Akan tetapi, (perkara itu) hanya membuatkan mereka mengeluarkan kenyataan yang lebih keras...," kata Larijani.

Larijani juga turut mengingatkan para hadirin berhubung polisi Arab Saudi "yang tidak menyenangkan" ketika menangani isu serantau. Beliau berkata Riyadh menggunakan kekerasan di Syria, menyerang Yaman, menyemarakkan ketengangan di Bahrain dan kini menyasarkan Qatar pula.

"Akhirnya, kesemua tindakan Arab Saudi hanya menguntungkan Israel," tambah Larijani. Beliau juga mengatakan bahawa Arab Saudi cuba melindungi pengganas termasuk kumpulan Jabhat al-Nusra untuk kepentingan mereka sendiri.

Larijani turut memberitahu para duta dan umat Islam untuk tidak terperangkap di dalam rencana Arab Saudi yang lebih besar.

Menurut beliau, Iran telah memperolehi beberapa dokumen yang menunjukkan bahawa Arab Saudi telah membekalkan maklumat perisikan kepada Israel ketika perang 33 hari rejim itu dengan Lubnan pada tahun 2006.

"Ketergantungan sesetengah negara Islam kepada Israel adalah sesuatu yang bencana serta sangat memalukan. Di dalam masa yang sama, umat Islam perlu sensitif kepada isu Palestin," tambah beliau.

Menurut beliau, perkara di atas menyebabkan Hari Quds menjadi begitu penting di dalam memperomosikan isu Palestin. Beliau juga menyatakan hasratnya untuk melihat umat Islam bersatu-padu di dalam menyertai hari itu.

Almarhum Imam Khomeini yang merupakan pengasas Republik Islam Iran mengisytiharkan hari Jumaat terakhir bulan Ramadhan sebagai Hari Quds.

Hari itu diperingati di seluruh dunia dengan tunjuk perasaan yang membantah kekejaman Rejim Israel ke atas warga Palestin. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram