Ketua IAEA Sahkan Komitmen Iran Terhadap Perjanjian Nuklear

  • News Code : 863584
  • Source : ABNA24
Brief

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) sekali lagi mengesahkan kepatuhan Iran terhadap perjanjian nuklear tahun 2015 yang ditandatangani di antara Tehran dan kumpulan P5+1 sambil menekankan bahawa para pemeriksa PBB tidak mengalami sebarang masalah di dalam misi mereka di negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) sekali lagi mengesahkan kepatuhan Iran terhadap perjanjian nuklear tahun 2015 yang ditandatangani di antara Tehran dan kumpulan P5+1 sambil menekankan bahawa para pemeriksa PBB tidak mengalami sebarang masalah di dalam misi mereka di negara itu.

"IAEA boleh menyatakan bahawa sebarang komitmen yang terkait dengan (perjanjian) nuklear sedang dilaksanakan," kata Pengarah IAEA, Yukiya Amano di dalam sebuah sidang akhbar di Abu Dhabi, UAE pada hari Isnin sehari selepas beliau bertemu dengan para pegawai kanan Iran di Tehran.

Ketua IAEA melawat Iran selama sehari dan di dalam lawatannya, beliau bertemu dengan Presiden Hassan Rouhani, ketua Pertubuhan Tenaga Atom Iran (AEIO), Ali Akbar Salehi dan Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zariff.

Presiden Rouhani memberitahu Amano bahawa Republik Islam itu mahu memperkukuhkan kerjasama mereka dengan IAEA buat jangka masa panjang sambil menegaskan kepentingan pihak terbabit untuk mengekalkan status IAEA sebagai sebuah badan bebas PBB.

Rouhani turut memberitahu perihal pentingnya menghormati perjanjian dan undang-undang antarabangsa sambil mengatakan bahawa negaranya tidak akan menjadi negara pertama yang akan meninggalkan perjanjian JCPOA. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram