Khamenei Gesa Jemaah Haji Ambil Pendirian Bersatu Berhubung Isu al-Aqsa

  • News Code : 845160
  • Source : ABNA24
Brief

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Syed Ali Khamenei berkata bahawa umat Islam perlu menggunakan ibadah Haji sebagai platform untuk mengambil pendirian yang bersatu di dalam menentang usaha Israel untuk menguasai masjid al-Aqsa.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Syed Ali Khamenei berkata bahawa umat Islam perlu menggunakan ibadah Haji sebagai platform untuk mengambil pendirian yang bersatu di dalam menentang usaha Israel untuk menguasai masjid al-Aqsa.

Ketegangan masih tinggi di al-Quds setelah rejim Israel bertindak menempatkan tentera mereka di sana untuk membuat sekatan di pintu masuk masjid al-Quds. Mereka kemudiannya terpaksa berundur berikutan kekhuatiran bahawa tindakan itu mungkin akan mencetuskan pemberontakan besar-besaran di Palestin.

"Zionis semakin berani dan biadab. Memberikan hak kepada diri mereka sendiri untuk bertindak kasar ke atas pemilik masjid al-Aqsa dan menghalang mereka (daripada menggunakannya)," kata Ayatullah Khamenei kepada para pegawai yang terlibat di dalam mengelolakan jemaah Haji Iran.

"Di mana lagi umat Islam mampu mencari platform yang lebih baik daripada Haji untuk bereaksi berhubung (isu) masjid al-Aqsa? Di mana lagi mereka boleh mengambil pendirian untuk menentang kehadiran Amerika Syarikat di rantau (ini)? Haji adalah platform yang terbaik," tambah beliau.

Beliau turut menyarankan kepada jemaah Haji untuk memberikan fokus kepada isu perpaduan sepanjang menunaikan ibadah tersebut dan tidak mengatakan sesuatu yang akan mewujudkan pergeseran.

Khamenei turut meminta para jemaah Haji untuk turut serta di dalam solat jemaah yang didirikan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

"Dengan wang berjumlah berbilion dolar telah disalurkan untuk mewujudkan perpecahan, pergeseran dan permusuhan di kalangan umat Islam, orang Islam perlu berhati-hati untuk tidak turut serta di dalam usaha tersebut. Ini kerana, mana-mana bangsa Muslim yang terlibat di dalam perancangan ini akan mempunyai saham di dalam menerima impaks dosa besar ini," kata beliau. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram