Kuasa Asing Cuba Burukkan Pilihanraya Iran: Ayatullah Khamenei

Kuasa Asing Cuba Burukkan Pilihanraya Iran: Ayatullah Khamenei

Pemimpin Tertinggi Iran, Syed Ali Khamenei memberi peringatan kepada warga Iran berhubung percubaan kuasa asing untuk memburukkan pilihanraya presiden yang akan berlangsung di negara itu tidak lama lagi. Beliau turut menyeru warga negara itu untuk menyertai pilihanraya tersebut secara beramai-ramai dalam rangka 'mengecewakan' kuasa-kuasa itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Tertinggi Iran, Syed Ali Khamenei memberi peringatan kepada warga Iran berhubung percubaan kuasa asing untuk memburukkan pilihanraya presiden yang akan berlangsung di negara itu tidak lama lagi. Beliau turut menyeru warga negara itu untuk menyertai pilihanraya tersebut secara beramai-ramai dalam rangka 'mengecewakan' kuasa-kuasa itu.

Ayatullah Khamenei membuat kenyataan itu pada hari Rabu di dalam sebuah perjumpaan dengan para pemimpin tentera negara tersebut.

"Para musuh melakukan provokasi untuk mensabotaj pilihanraya. Negara ini perlu maju dengan menghadapi gerakan permusuhan ini dan dalam masa yang sama mengekalkan kewaspadaan supaya pemilihan ini akan berlangsung di dalam suasana yang bertenaga, bersemangat, sihat dan selamat," kata beliau.

Ayatullah Khamenei meneruskan ucapan dengan berkata bahawa sebuah pemilihan yang berjaya merupakan "sumber" (kekuatan) kepada negara tersebut.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky