Kukuhkan Demokrasi, Bukan bergantung Kepada Kerajaan Asing Untuk Cipta Keselamatan: Hassan Rouhani Kepada Negara Jiran

  • News Code : 830843
  • Source : ABNA24
Brief

Hassan Rouhani berkata bahawa warga Iran telah memilih hala tuju untuk berinteraksi dengan seluruh dunia.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Hassan Rouhani berkata bahawa warga Iran telah memilih hala tuju untuk berinteraksi dengan seluruh dunia.

Beliau kenyataan tersebut selepas diumumkan sebagai pemenang di dalam pilihan raya presiden Iran yang ke-12.

Menurut beliau, warga Iran telah menghantar mesej kepada seluruh dunia bahawa mereka "mahu hidup dengan aman damai dan menjalinkan persahabatan dengan masyarakat dunia." Akan tetapi beliau menegaskan bahawa warga Iran "tidak akan menerima sebarang bentuk penghinaan atau ancaman."

"Ini adalah mesej paling penting yang warga Iran mahukan seluruh kerajaan di dunia... untuk mendengarnya dengan tepat<" kata Rouhani.

Beliau juga mengatakan bahawa pilihan raya ini juga menunjukkan kepada negara-negara jiran bahawa cara untuk mewujudkan keselamatan di rantau ini adalah dengan memperkukuhkan demokrasi sekaligus menghormati pilihan rakyat dan bukannya dengan bergantung kepada kerajaan asing.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram