Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran

  • News Code : 851530
  • Source : ABNA24
Brief

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam, Syed Ali Khamenei telah mengeluarkan mesej sempena musim Haji tahun ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam, Syed Ali Khamenei telah mengeluarkan mesej sempena musim Haji tahun ini.

Berikut adalah terjemahan kenyataan beliau:

Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani

Segala puji bagi Allah, pemilik seluruh alam. Salam dan selawat buat pemimpin kita, Muhammad (S.A.A.W) -sang penutup misi kenabian- serta ahli keluarga baginda yang suci dan para sahabatnya yang terpilih.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah yang Maha Kuasa kerana melimpahkan kurnianya bahkan untuk tahun ini juga (buat kita). Kurnia melaksanakan ibadah Haji bagi ribuan kaum mukmin yang datang dari seluruh pelusuk dunia supaya mereka mampu mendapatkan manfaat daripada perigi yang menyegarkan dan penuh rahmat ini. Mereka juga mampu berada dekat di hadapan rumah Allah yang Maha Kuasa dengan beribadah, berdoa, berikir dan berusaha mendekatkan diri kepada tuhan pada siang dan malam harinya. Siang dan malam (musim Haji) yang sangat berharga serta dilimpahi keberkahan mampu menyentuh hati dan membersihkan jiwa dan menghiasinya seperti ubat yang penuh dengan keajaiban.

Haji adalah sebuah ibadah yang penuh misteri dan Masjid al-Haram pula adalah tempat yang penuh dengan rahmat ilahi dan merupakan penjelmaan tanda-tanda serta simbol Allah yang Maha Agung.

Haji boleh membantu hamba-hamba Allah yang saleh, rendah hati dan bijaksana dalam mencapai kedudukan rohani (yang diidamkan mereka). Ibadah itu boleh mentransformasikan mereka menjadi orang yang tinggi dan tercerahkan.

Ibadah Haji boleh menukarkan mereka menjadi unsur-unsur yang berwawasan dan berani yang sedia bertindak dan terlibat dalam jihad (berusaha gigih demi Allah). Aspek kerohanian dan politik (dari satu sudut pandang) serta aspek individual dan sosial (dalam sudut pandang yang lain) -di dalam ibadah ini (ABNA24)- benar-benar luar biasa dan dapat dilihat dengan jelas di dalam kewajipan yang unik ini. Pada hari ini, masyarakat Islam sangat memerlukan kesemua aspek tersebut.

Di satu sudut pula, kilauan materialisme pada hari ini sibuk memalsukan dan memusnahkan [kemanusiaan] dengan perantaraan alat-alat canggih. Selain daripada itu, dasar-dasar yang digunakan oleh sistem penakluk giat menyebarkan hasutan dan menimbulkan kebencian di antara umat Islam sendiri dan dalam masa yang sama membawa negara-negara Islam ke dalam neraka kekacauan dan perpecahan.

Haji sebenarnya mampu menjadi penawar kepada kedua-dua penyakit berbahaya yang dideritai oleh umat Islam ini. Haji boleh membersihkan hati daripada kekotoran dan mencerahkannya dengan cahaya ketakwaan dan pemahaman; Haji boleh membuka mata (yang tertutup) kepada realiti pahit dunia Islam; Haji juga dapat mengukuhkan azam seseorang untuk menghadapi realiti tersebut; Haji boleh menjadikan langkah seseorang itu menjadi mantap dan mempersiapkan tangan serta mindanya untuk bertindak.

Hari ini, dunia Islam menderita akibat daripada kekacauan; iaitu kekacauan moral, rohani dan politik. Perkara ini berlaku akibat kecuaian kita sendiri dan pencerobohan kejam daripada pihak musuh. Kita sebagai umat Islam tidak menjalankan tugas keagamaan dan rasional kita dalam menghadapi serangan ganas daripada pihak musuh. Kita lupa untuk "bersikap keras terhadap orang-orang kafir" dan "berbelas kasihan antara satu sama lain (orang-orang beriman)" [Al-Quran, 48: 91].

(Kelemahan) ini telah menyebabkan pihak Zionis mampu menyebarkan hasutan di tengah-tengah dunia Islam, sementara kita sebagai orang Islam -dengan mengabaikan tanggungjawab yang mutlak untuk menyelamatkan Palestin - sibuk dengan peperangan dalaman di Syria, Iraq, Yaman, Libya dan Bahrain dan dalam masa yang sama menghadapi keganasan di Afghanistan, Pakistan dan sebagainya

Para pemimpin negara-negara Islam, tokoh politik, keagamaan dan kebudayaan di dunia Islam kini menggalas tanggungjawab yang berat di atas bahu mereka: tanggungjawab menciptakan perpaduan dan mencegah setiap individu daripada terlibat di dalam militansi etnis dan agama; Tanggungjawab memaklumkan seluruh bangsa perihal langkah kerja musuh dan pengkhianatan kuasa angkuh dan Zionisme; Tanggungjawab mempersiapkan semua orang untuk tujuan menghadapi musuh di berbagai arena perang fizikal dan perang kebudayaan; Tanggungjawab untuk mencegah malapetaka di negara-negara Islam -contoh pahitnya seperti tragedi di Yaman pada hari ini yang turut menjadi sumber kesedihan dan protes di seluruh dunia; Tanggungjawab menyokong minoriti Muslim yang tertindas seperti di Myanmar dan di kawasan lain; Dan yang paling penting adalah tanggungjawab mempertahankan Palestin dan menawarkan kerjasama dan bantuan tanpa syarat kepada rakyat (mereka) yang telah berjuang demi mereka bumi yang dijajahi selama hampir 70 tahun.

Ini adalah (himpunan) tanggungjawab penting yang jatuh di atas bahu-bahu kita. Setiap bangsa harus menuntut perkara itu daripada para pemerintah mereka dan tokoh-tokoh yang terkemuka harus berusaha untuk mencapai objektif itu dengan tekad yang tegas dan niat yang murni. Tugas-tugas ini adalah penjelmaan yang nyata (daripada konsep) membantu agama Tuhan yang pasti akan disusuli dengan bantuan ilahi berasaskan janji Allah itu sendiri.

Ini adalah sebahagian dari falsahah Haji dan saya berharap supaya kita dapat memahami dan bertindak selaras dengannya.

Saya berdoa agar Tuhan menerima Haji kalian. Saya juga ingin memperingati para syuhada (tragedi) Mina dan Masjid al-Haram dan saya mohon kepada Tuhan Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Benar untuk meninggikan kedudukan mereka (di Surga).

Salam dan rahmat Allah ke atas kalian.

Syed Ali Khamenei

7 Syahrivar 1396

29 Ogos 2017

7 Zulhijjah 1438



Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram